Tips mengoptimumkan prestasi komputer - Windows XP Bahagian 2
Setiap kali selepas sesuatu perisian di pasang di dalam komputer, biasanya akan dilancarkan secara automatik setelah komputer dihidupkan. Walaupun kita memasang perisian yang berguna untuk komputer kita tetapi adakalnya ia akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan lebih-lebih lagi perisian yang dipasang belum mahu digunakan atau tidak selalu digunakan.
Kita masih boleh mengawal aturan atau setting samada untuk melancarkan perisian tersebut secara automatik sewaktu komputer dihidupkan atau tidak. Untuk mengakses kemudahan pengawalan perisian yang muncul didalam System Tray, ikuti langkah berikut:
Langkah 1
Pilih Menu Start > Run > Taip: msconfig

Canggih betul sekarang ni. Kad memori SD tanpa wayar atau lebih dikenali sebagai Eye-Fi Card baru ni telah diumumkan. Ia merupakan Kad memori SD pertama di dunia tanpa wayar untuk kamera digital. Ia nampaknya memberi dimensi baru kepada teknologi kad memori dan perkongsian gambar dari kamera digital ke komputer.
Ia boleh memindah gambar / foto secara automatik dari Eye-Fi Card dalam kamera anda tanpa wayar atau kabel. Ia kerana mempunyai teknologi terbina dalam wi-fi dan boleh disambungkan terus ke rangkaian anda.
Eye-fi juga menyediakan perkhidmatan percuma dan tanpa had ke dalam laman webnya bagi setiap pendaftaran setelah anda mendapatkan produk Eye-fi ini. Dan ia juga menyokong fungsi perkongsian dan mencetak dari laman web.
Perkara yang menjadi keutamaan ialah ia semestinya sesuai dengan pelbagai kamera digital yang menggunakan slot memori kad SD. Walaupun begitu, setakat ini ia hanya menawarkan saiz memori 2GB sahaja. Kemungkinan Eye-Fi Inc akan menambah beberapa jenis lagi saiz memori kad yang lain.

Ciri teknikal
* Keselamatan Wi-Fi : Static WEP 40/104/128, WPA-PSK, WPA2-PSK
* Jarak: 45 - 90+ kaki
* Kapasiti simpanan : 2.0GB
* Dimensi kad: SD standard 32mm x 24mm x 2.1mm
* berat kad t: 0.1oz.
* Berfungsi dengan WIFI 802.11g, 802.11b dan 802.11n.

Apple telah melancarkan produk terbarunya, iPhone yang telah menjadi rebutan ramai peminat- peminat produk tersebut. iPhone yang merupakan alat serbaguna yang mempunyai pelbagai fungsi ini adalah merupakan produk Apple yang terkini yang telah berada di pasaran.
Dengan gabungan telefon bimbit, ipod dan fungsi internet, ia merupakan satu peranti serba boleh yang menjadi idaman. Ia dilengkapkan dengan fungsi email, pelayar web, Google maps, Google search dan pelbagai aplikasi lain yang menarik dan menghiburkan. Pengguna juga boleh menikmati hiburan seperti mendengar muzik, menonton video dan tv pads skrin layarnya yang lebar. Bagi yang sudah biasa dengan papan kekunci komputer, ia telah disertakan dengan papan kekunci QWERTY.
iPhone menggunakan prosessor 620 MHz ARM dengan spesifikasi:
- Ukuran layar: 3.5 inci
- Resolusi layar: 320×480 at 160 ppi
- Metode input: Multi-touch (multi-sentuh)
- Sistem operasi: OS X
- Penyimpanan: 4GB or 8GB
- GSM: Quad-band (MHz: 850, 900, 1800, 1900)
- Data nirkabel: WiFi (802.11b/g) + EDGE + Bluetooth 2.0
- Kamera: 2.0 megapiksel
- Baterai: Hingga 5 jam bicara/Video/Browsing, 16 jam Audio Playback
- Dimensi: 4.5 x 2.4 x 0.46 inches / 115 x 61 x 11.6mm
- Berat: 4.8 ounces / 135 gram
- Harga: 4 GB US$ 499 dan 8 GB US$ 599
Tips mengelak spam
Masalah email spam atau email yang kita tidak kehendaki sering menyusahkan kita. Kebanyakkan email tersebut mengandungi pengiklanan dan ada antaranya penipuan seperti loteri serta ada juga tujuan menghantar virus. Jika satu atau dua email yang diterima mungkin tidak menjadi masalah tetapi bagaimana jika berpuluh-puluh email setiap hari?
Cara mudah kita untuk membersihkannya adalah dengan memadam kesemua email tersebut. Namun kita mungkin akan menghadapi masalah seperti mungkin terpadam email-email yang penting dan mungkin terpadam langganan newsletter atau majalah elektronik yang kita langgan secara email.
Namun, agak mustahil untuk menghentikan email spam yang dianggap sampah ini tapi anda boleh mengurangkannya dari membanjiri peti email anda seperti tips di bawah :
- Jangan klik pautan di dalam email spam
Apabila anda klik pautan yang terdapat di dalam email spam anda, ia secara automatik mengesahkan email anda sememangnya wujud. Ada email spam menghantar email seolah-olah kita pernah mendaftar untuk sesuatu perkara dengan meletakkan pautan Unsubscribe.
CIP PEMPROSES TERBARU : AMD OPTERON QUAD CORE

ADVANCED Micro Devices Inc (AMD), memperkenalkan prosesor AMD Opteron terkini yang lebih bertenaga pada 68 watt dan 95 watt yang direka khusus untuk mengurang penggunaan tenaga disamping meningkatkan tahap kesejukan peranti di pusat data pengguna.Ia adalah penyelesaian berkuasa lebih rendah untuk prosesor AMD Opteron bagi model 1218 HE, 2218 HE dan 8218 HE.
Rekaan prosesor yang lebih menumpukan kepada prestasi setiap watt untuk 68 watt itu, sesuai digunakan oleh pengguna yang mahukan peranti dengan kemampuan penyampaian kuasa rendah dan sejuk bagi memperoleh kepadatan lebih besar di pusat data.
Dengan nama kod Barcelona, ia dikatakan lebih bertenaga berasaskan empat teras walaupun menggunakan tenaga lebih rendah untuk bersaing dengan pembuat cip lain. Selain itu, keupayaan Barcelona memberikan kepantasan lebih bertenaga kerana kelebihannya buffer yang lebih besar dan dilengkapi sistem cache L1, L2 dan L3.
Antara model lain yang diperkenalkan dengan prosesor AMD Opteron HE itu juga adalah termasuk tiga model bagi siri 1000, khususnya untuk pelanggan server (pelayan) baru yang mahu memulihara nilai pada sistem enterpris.
Malah, menerusi teknologi AMD PowerNow, prosesor baru syarikat itu direka khusus bagi mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 75 peratus di pelbagai peringkat berasaskan kelajuan jam dan voltage.
Tips mengoptimumkan prestasi Komputer - Windows XP bahagian 1
Komputer yang senantiasa lancar dan tiada masalah semasa digunakan menjadi harapan atau impian setiap pengguna komputer supaya setiap perkara atau tugas yang dilaksanakan dapat disiapkan dengan segera tanpa masalah atau tidak meragam semasa digunakan.
Untuk meningkatkan kepantasan komputer sememangnya kita memerlukan perkakasan-perkakasan yang mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi tetapi tidak semua mempunyai bajet. Beberapa tips mudah dapat dilakukan untuk meningkatkan prestasi komputer iaitu :
1. Melakukan defrag komputer anda secara berkala

2. Tidak memasang perisian yang tidak diperlukan untuk mengelakkan sumber banyak digunakan oleh perisian yang tidak perlu.
Disini terdapat beberapa tips ringkas sebagai panduan asas untuk melindungi komputer anda dari serangan virus. Yang paling penting, kita perlu berhati-hati dengan kebijakkan virus kini yang mempunyai pelbagai cara terkini untuk menyelinap masuk ke komputer kita. Seperti kata pepatah “mencegah lebih baik dari mengubat”.
Tips untuk melindungi komputer daripada virus
1) Pastikan anda memasang perisian antivirus yang berkesan ke dalam cakera keras komputer. Selain itu, anda hendaklah membuat aturan / setting terbaik pada perisian antivirus tersebut untuk memastikan ianya dapat menghalang segala aktiviti yang dilakukan oleh virus tersebut.
2) Pastikan definisi / database virus perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini.
3) Pastikan anda sentiasa lakukan imbasan cakera keras secara berterusan untuk tempoh-tempoh tertentu.
4) Berhati-hati dengan fail yang dihantar menerusi emel. Jangan buka fail tersebut jika anda tidak tahu daripada siapa emel tersebut. Jika anda tidak pasti samada benar rakan anda menghantar emel, tanyalah mereka terlebih dahulu sebelum menerimanya.
Paling mudah jika tak tahu apa isinya, padam sahaja emel tersebut.
5) Jangan masuki ruangan borak di dalam web yang membenarkan anda memindah terima fail. Pengodam (hackers) pasti akan menyamar di dalamnya dan menghantar anda fail yang tidak berguna.
6) Simpan salinan (backup) dengan kerap. Jika virus berjaya menjangkiti komputer anda, maka ia boleh merosakkan cakera keras anda. Dengan itu anda hendaklah melakukan salinan kandungan fail-fail penting sekerap yang mungkin.
Percaya atau tidak, kini terdapat telefon bimbit boleh bertukar seperti filem terkenal Tranformers?
Ya, telefon bimbit konsep tersebut dihasilkan oleh sebuah syarikat di Korea iaitu Parkoz.
Tidak dapat dipastikan samada akan dipasarkan atau tidak tetapi kalau betul ada, pastinya menarik minat ramai terutamanya peminat Transformers.
Windows Vista sudah pun memasuki pasaran negara ini secara rasmi. Dalam ‘tempoh pengenalan’ ini masih terdengar beberapa komen positif dan sebaliknya daripada pengguna atau penguji terawalnya. Biasalah, Windows XP juga pernah mengalami keadaan sama suatu ketika dahulu.
Perkembangan seperti ini memang dijangkakan lebih awal lagi dan sepatutnya diterima secara lebih positif. Tempoh pengenalan ini juga boleh dianggap sebagai masa penyesuaian. Maksudnya penyesuaian pengguna dengan penampilan sistem operasi (OS) baru ini begitu juga keserasian perisian yang beroperasi di atasnya.

Sekali pandang, pasti ramai pengguna yang tertarik dengan keunikan grafiknya. Begitu menyerlah, bersinar di sana sini dan pastinya berbeza dengan Windows XP. Namun, pengguna tidak harus terpukau dengan apa yang dilihat sahaja. Sebabnya, mereka juga perlu memikirkan beberapa aspek lain yang dianggap penting.
Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah memberi inspirasi dan semangat kepada saya dan seluruh warga Malaysia untuk berjaya. Walaupun Malaysia ni kerdil di peta dunia, jangan kata kita tak boleh sampai ke angkasa. Dan walaupun ada yang mengatakan sebagai penumpang sahaja tapi semua khabar tersebut boleh ditolak tepi kerana tugas angkasawan yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan eksperimen membuktikan bahawa angkasawan kita mempunyai tugas untuk negara. Bukan sekadar sebagai penumpang atau pelancong.

Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat kembali ke Bumi pada 21 Oktober 2007 setelah berjaya menamatkan misi 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Read the rest of this entry »