Nokia E90 Communicator adalah telefon idaman aku. Bila pertama kali nampak terasa nak membeli pula tapi apakan daya, belum berkemampuan lagi. Kena kumpul duit dululah gamaknya, takpun tunggu kerajaan bagi bonus baru boleh beli kot. Walauapapun, memang banyak fungsi yang terdapat dalam telefon ni. Jom saya nak bercerita sikit….
Nokia E90 adalah siri terkini untuk Nokia Communicator. Telefon bimbit ini telah menetapkan teknologi mobil ke dimesi baru. Dengan menggunakan papan kunci QWERTY, paparan 16 juta true colors active matrix dengan 800 x 352 pixel. Terdapat beberapa fungsi di dalam komputer yang menjadikanNokia E90 anda semua-dalam-satu laptop, PDA dan juga fungsi telefon yang dapat memenuhi keperluan dalam bisnes.
Nokia E90 juga mempunyai penerima GPS yang terbina-dalam. Telefon ini juga dipasang aplikasi Nokia Maps dan dengan fungsi ini anda boleh tentukan lokasi anda dengan peta terbina-dalam.
Ciri – ciri Nokia E90 Communicator :
Harini saya nak berkongsi sedikit mengenai pelayar web atau dalam bahasa inggerisnya web browser. Bagi pengguna Windows sudah tentunya mengenali biasa menggunakan pelayar web Internet Explorer. Namun, semakin lama semakin banyak kemunculan pelayar-pelayar web yang dicipta untuk pengguna. Kebanyakkan laman web
Selain Internet Explorer, pelayar web yang popular kini adalah Firefox. Selain itu, terdapat beberapa lagi pelayar web yang mempunyai keunikannya sendiri dan yang paling penting ia serasi dengan Windows.
Senarai Pelayar Web :
- Pelayar web ini kini amat popular dan merupakan alternatif terbaik dengan pelayar web sedia ada. Dengan kemaskini (update) yang kerap, ia memberikan nilai dan tahap keselamatan yang tinggi kepada pengguna. Sekaligus mampu mengelakkan ancaman seperti virus, spyware, popup dan malware.
- Selain itu, ia lebih laju dan mempunyai pelbagai fungsi yang boleh ditambah untuk meningkatkan lagi keupayaan pelayar web ini.
- Antara ciri-ciri yang terdapat pada pelayar web ini, mempunyai peluncuran tab, mempunyai fungsi restore, anti-phising dan fungsi RSS.
- Laman web : http://www.mozilla.com/en-US/firefox/
- Walaupun pelayar web ini kurang publisiti tetapi ia masih mempunyai peminatnya tersendiri. Namun, ia mempunyai inovasi yang tinggi dengan pelbagai fungsi dan ciri keselamatan.
- Antara ciri pelayar web ini ialah penggunaan memori yang kurang berbanding pelayar web yang lain membolehkan laman web dimuatkan dengan lebih cepat. Selain itu, ia turut dilengkapi peluncuran tab, fungsi RSS dan aplikasi email.
- Laman web : http://www.opera.com
Terdapat beberapa lagi pelayar web yang boleh anda
Apa pendapat anda? Kalau ada pelayar web lain yang anda gunakan dan ada komen, cuba ceritakan sikit…
1. Simpan password / nombor PIN anda dengan selamat dan ingat. Pastikan anda menukar password / nombor PIN anda selalu (dicadangkan setiap 3 -4 bulan). Sekiranya anda banyak melakukan transaksi internet dan mengakses banyak laman web, gunakan password yang berlainan untuk setiap laman web. Cipta password yang unik dan sukar untuk diteka seperti kombinasi huruf dan nombor.
2. Bagaimana anda tahu laman web tersebut selamat?
- Lihat pada URL yang bermula dengan https:// dan bukan http://. Apabila link tersebut bermula https:// bermaksud transaksi di laman web tersebut menggunakan rangkaian selamat.
- Lihat di status bar dengan terdapat ikon keselamatan berbentuk mangga yang kebiasaannya tedapat di laman-laman web bank. Dwi-klik ikon keselamatan tersebut dan pastikan ia mempunyai sijil digital yang sah.
Assalammualaikum…
Sebelum tu, saya nak meminta maaf pada pengunjung sebab dalam beberapa hari ni saya tak dapat nak update blog ni. Ini disebabkan kerana menghadiri kursus di luar kawasan. Hari ini barulah dapat akses internet dan melakukan beberapa tugas. Dan hari ni pun ada kursus lain di pejabat tapi takpelah asalkan ada internet….
Untuk pengetahuan anda, pada minggu depan akan bermula Pikom PC Fair 2007. Di bawah ni ada jadual pameran pesta it tersebut. Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang melawat ekspo sebegini sebab selain dapat membeli perkakasan dengan murah dan diskaun (murah ke?), kita juga dapat melihat perkembangan dunia it dan komputer dengan teknologi terkini dan gajet yang terkini…. Jumpa di sana….

PIKOM PC Fair 2007 (III)
Tarikh Dan Tempat
| 30 Nov - 2 Dec 2007 11:00 am - 9:00 pm |
Penang International Sports Arena, Penang Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah Jalan Istiadat, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu Terminal One Shopping Centre, Seremban, Negeri Sembilan Jalan Lintang, 70000 Seremban Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan |
| 7 - 9 December 2007 11:00 am - 9:00 pm |
KL Convention Centre, Kuala Lumpur (Route Map) Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur Mahkota Parade Melaka Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir Central Square, Sungai Petani, Kedah Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani |
| 14 - 16 December 2007 11:00 am - 9:00 pm |
Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru Kemaman Centre Point, Kemaman, Terengganu Jalan Dato’ Omar Chukai, 21100 Kemaman Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis Dewan Suarah Bintulu, Sarawak *New Dates* |
Menukar Lagu CD Audio Anda Ke MP3
Anda ada banyak koleksi CD artis-artis terkenal atau mempunyai lagu kegemaran?
Harini saya nak berkongsi sedikit iaitu bagaimana kita nak menukar CD audio kita kepada format MP3. Sedikit tutorial ringkas untuk anda iaitu langkah-langkah menukar lagu kegemaran anda dari format CD ke MP3 atau WMA(windows media audio). Dengan menggunakan utiliti dari Windows Media Player 11, anda tak perlu lagi menggunakan perisian penukar (converter) mp3 yang lain.
* Mp3 satu format audio yang popular dan anda boleh dengar dimana-mana dengan memasukkan ke dalam telefon bimbit anda, ipod anda mahupun MP3 player anda.
Langkah 1
Apa yang anda perlukan hanyalah perisian Windows Media Player 11 yang sememangnya ada di dalam komputer anda. Sekiranya anda menggunakan Windows Media Player 10 atau kebawah, pastikan anda memuat turun Windows Media Player 11 terlebih dahulu. Ia boleh dimuat turun secara percuma di laman web Microsoft iaitu http://www.microsoft.com/windows/windowsmedia/player/11/default.aspx
Langkah 2
Klik ikon Windows Media Player di desktop anda.

Atau anda boleh cari di menu program anda di Start > All Programs > Windows Media Player.

Jika era tahun 90-an industri ICT telah melahirkan teknologi baru pada waktu tersebut iaitu teknologi CD (compact disk). Jika era tahun 2000 pula lahirnya teknologi DVD yang memberi kesan besar dalam industri IT dan perfileman. Kini teknologi DVD tersebut telah berkembang dan dimajukan dan menghasilkan teknologi lebih baik. Teknologi yang dihasilkan ialah teknologi Blu-ray dan HD. Teknologi ini mengandungi storan yang lebih besar dari dvd biasa yang berkapasiti 4.3 GB. Teknologi Blu-ray dan HD DVD mempunyai kapasiti yang berkali ganda besarnya dan dapat menghasilkan kualiti output yang lebih baik dan amat memuaskan.
Teknologi Blu-ray dan HD adalah dua teknologi berbeza yang berjaya dihasilkan dan dipasarkan.
Perbezaan dua teknologi tersebut ialah :
Pencipta : Sony
Kapasiti : Single layer - 25 GB, Dual layer - 50GB
Kualiti – Imej yang dihasilkan lebih jitu, kualiti imej 3D yang amat baik dan warna yang lebih cantik.
Pencipta : Toshiba
Kapasiti : Single Layer – 15 GB, Dual layer – 30 GB
Kualiti - Menghasilkan kualiti bunyi yang sangat baik
Samsung telah melancarkan telefon berkamera pertama 10 megapiksel. Kamera tersebut juga mempunyai fungsi lensa boleh zoom optikal 3X dan digital 5X. Model SCHB600 ini hanya berada di pasaran
- Standard: CDMA 2000 1X EVDO ( 800 MHz)
- Kamera: 10 Megapiksel
- Paparan: 2.2 inci 240×320 262K Color TFT
- Video Recording & Messaging (MPEG4 / H.264)
- MP3/ AAC / AAC+
- Speaker
- Bluetooth / PictBridge / Pengecaman suara
- Document Viewer / TV-output / BT Printing
- Memori: MMCmicro external memory
Terdapat pelbagai laman web di internet yang menyediakan pembacaan al-quran di internet. Namun kali ini saya review sedikit laman web yang menyediakan pembacaan al-quran iaitu http://www.quranexplorer.com/
Tanpa perlu memuat turun apa-apa perisian, laman web interaktif ini menyediakan fungsi bacaan secara audio dan tafsiran ayat. Dan lebih istimewa, laman web ini juga menyediakan tafsiran dalam bahasa Malaysia.
Bukanlah untuk menakutkan para pengguna Windows XP tapi hanya bagi pengguna Windows XP Service Pack 1(SP1). Demostrasi ini mencerminkan keselamatan yang boleh ditembusi pada Windows XP. Dua orang pakar e-jenayah dari British telah menjalankan ujian pencerobohan ini. Demonstrasi yang dilakukan pada isnin lalu yang ditaja oleh dua badan kerajaan U.K iaitu Get Safe Online dan Serious Organized Crime Agency(SOCA) yang mensasarkan kesedaran keselamatan IT di kalangan peniaga-peniaga kecil. Mereka telah menyambungkan komputer dengan menggunakan Windows XP Service Pack 1 di rangkaian tanpa wayar (wireless). Komputer tersebut juga tidak dipasang antivirus, firewall atau anti-spyware.Dengan rangkaian tanpa wayar (wireless) yang tidak dilindungi dengan kunci keselamatan, ia amat mudah untuk dicerobohi oleh sesiapa sahaja yang boleh mendapat akses ke rangkaian tanpa wayar anda walaupun dari dalam kereta.
Dengan hanya menggunakan aplikasi (tools) percuma yang digunakan kebanyakkan penceroboh yang boleh didapati di internet menyebabkan risiko lebih besar kepada pengguna komputer terutama pengguna yang menggunakan kemudahan wi-fi di kafe-kafe terbuka seperti starbuck.
Namun, risiko ini dapat dikurangkan sekiranya komputer anda dikemaskini dengan Service Pack 2(SP2), memasang firewall, memasang anti-virus dan anti-spyware yang sentiasa dikemaskini.
Artikel penuh boleh didapati di link bawah ini.
http://www.zdnetasia.com/news/security/0,39044215,62034373,00.htm
Tips pantas : Mengaktifkan Personal Firewall Windows XP
Sekarang ni terdapat pelbagai cara orang nak melakukan penggodaman (hack). Sebagai pengguna, kita perlu mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati dengan anasir-anasir jahat nih.
Tahukah anda Windows XP mempunyai personal firewall?
Firewall bermaksud perisian atau perkakasan yang menghalang aktiviti atau data yang tidak dikenali dari masuk atau keluar dari komputer anda. Firewall membantu anda menjadi lebih selamat di internet.
Untuk tips pantas kali ini, bagi yang mungkin tidak tahu bagaimana hendak mengaktifkan personal firewall pada Windows XP, di sini ada langkah - langkah tersebut :
Langkah 1
Langkah 2
Apabila anda klik butang On, maka pilihan kekotak Don’t allow exceptions diaktifkan. Adalah dicadangkan klik kekotak tersebut untuk keselamatan yang maksima. Kemudian klik OK.
Nota : Personal Firewall ini adalah aplikasi tambahan yang disediakan oleh Windows tetapi mengikut pengalaman saya sendiri, ia kurang efektif kerana tidak kurang update. Dicadangkan anda memuat turun perisian firewall yang lebih baik tapi percuma seperti ZoneAlarm .Comodo dan lain-lain