Shock 4Way 3D : Suasana Vista Di Dalam Windows XP.
Salam sejahtera…
Anda suka Windows Vista dan utilitinya yang menarik? Tapi tak mahu memasang di dalam komputer anda kerana pelbagai masalahnya…
Saya terjumpa satu laman web yang menarik. Di dalam web tersebut telah menyediakan perisian iaitu Shock 4Way 3D yang kelihatan seperti flip di dalam Windows Vista. Perisian ini memberikan kesegaran dan kelainan kepada Windows XP anda lagi pun ia PERCUMA!. Unik bukan.
Cubalah…
Klik sini atau laman webnya http://www.docs.kr/
Google Docs : Membina dokumen, Lembaran kerja dan persembahan secara online
Pernahkah anda terfikir untuk membina fail seperti dokumen untuk menaip
Sekarang ini, tanpa perlu memasang aplikasi pejabat seperti yang dinyatakan tadi, anda masih boleh menggunakan kemudahan tersebut secara online. Dan ianya percuma (selagi anda ada sambungan internet).
Pihak Google telah menawarkan perkhidmatan aplikasi pejabat ini secara percuma yang merangkumi pemprosesan perkataan (word processing), lembaran kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) secara percuma.
Aplikasi pejabat online ini telah dilancarkan pada Ogos 2005 iaitu dengan aplikasi pertamanya, pemprosesan perkataan. Pada 10 Oktober 2006, Google telah menggabungkan dua aplikasi iaitu pemprosesan perkataan dan lembaran kerja. Aplikasi terakhir ialah aplikasi persembahan yang diperkenalkan pada 17 September 2007.
Sekiranya anda mempunyai fail dalam komputer anda yang ingin disimpan dalam talian atau ingin berkongsi fail dengan rakan-rakan lain, anda boleh memuat naik fail-fail seperti DOC, XLS, ODT, ODS, RTF, CSV, PPT dan lain-lain lagi.
Simpan Google Docs sebagai fail PDF
Salah satu kelebihan Google docs ialah ia mempunyai fungsi menukar atau menyimpan fail dalam bentuk pdf dan mengeksport beberapa fail lain iaitu format DOC, XLS, CSV, ODS, ODT, PDF, RTF dan HTML .
Sekiranya anda mahu menukar fail seperti Word ke pdf, upload dan simpan sebagai fail pdf. Tak perlu perisian tambahan lain. Mudahkan!
Memendekkan Masa Boot Windows
Salam… setelah sekian lama bercuti bersalin (yg bersalin isteri saya yer… saya pun cuti sekali balik kampung) akhirnya membuat comeback… ;)
Ada sedikit tips ringkas dan mudah untuk anda… tapi jangan lupa tanggung sendiri yer….
Kita teruskan agenda kita… Windows XP mempunyai masa boot yang agak lama sebelum ia keluar sepenuhnya. Untuk memendekkan masa boot, apa yang boleh anda lakukan ialah melakukan edit pada masa boot Windows.
Bagaimana hendak melakukannya? Ikuti langkah-langkah berikut…
Langkah 1
Pergi ke menu Start > Run dan taip “msconfig”.
Langkah 2
Kemudian muncul tetingkap System Configuration Utility. Pilih menu tab BOOT.INI. Disini masa yang telah ditetapkan di kekotak Timeout ialah 30 saat.
Anda boleh mengurangkan kepada masa yang anda mahu. Pilihan masa yang dibenarkan ialah dari 3 hingga 999 saat. Disini saya letakkan 3 saat.
Setelah selesai klik Apply dan kemudian klik OK.
Restart komputer anda untuk melihat hasilnya.
p/s ; Hasilnya bergantung kepada tahap penggunaan komputer anda iaitu jenis perisian dan konfigurasi sistem anda. Tapi sekurang-kurangnya anda mencuba!
Semoga berjaya!
Menambah font di Windows XP
Harini berkesempatan untuk berkongsi sedikit tips mudah untuk anda. Walaupun pada mulanya bercadang hendak membawa isteri berpantang di kampung di Temerloh tetapi disebabkan banjir di Lancang maka terpaksa ditunda beberapa hari. Maka dapatlah saya mengemaskini sedikit blog ini untuk tatapan anda.
Adakalanya kita mahu menggunakan selain font-font yang biasa atau standard yang terdapat di dalam komputer kita tapi tak tahu bagaimana caranya. Harini saya akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menambah font-font kegemaran anda ke dalam sistem komputer anda dengan mudah.
Langkah 1
Anda boleh dapatkan font di laman web kegemaran anda atau di http://www.searchfreefonts.com/ atau http://www.1001freefonts.com/. Anda perlu muat turun dan ekstrak ke dalam folder pilihan anda.
Langkah 2
Pergi ke menu Start > Control Panel. Kemudian di Control Panel, klik menu ikon Fonts.
Assalammualaikum…
Akhirnya, isteriku selamat melahirkan puteriku yang comel.
Puteriku ini dilahirkan pada 11/12/2007 jam 7.09pm..
Setelah sepakat bersama isteri (dah lama pilih nama sbb dah scan doktor ckp girl)
maka tadi, 13/12/2007 saya pun telah mendaftar di JPN Putrajaya dan meletakkan nama puteriku ini Nur Adriana Safiah.
Semoga hidupnya akan berjaya dan diredhai Allah kelak, amin.
Inilah wajah puteriku…
p/s : Gambar-gambar yg lain akan dimasukkan kelak.
Assalammualaikum…
Update harini takde kena mengena dengan komputer tapi ada kena mengena dengan kehidupan saya…
Harini isteri saya telah dimasukkan ke wad bersalin di hospital Putrajaya. So, mungkin kelam kabut sikit dalam minggu ni… tapi tak tau bersalin bila sebab due date lama lagi tapi disebabkan darah tinggi doktor suruh masuk wad…
Walauapapun, tunggu jelah semoga selamat…
Saya mohon maaf sebab kalau mungkin minggu ni saya tersibuk sikit….
Jika berkesempatan, saya akan update…
Tips pantas : Chatting online tanpa sekatan!
Kebanyakkan syarikat, kolej, universiti dan pejabat-pejabat kerajaan sekarang telah menetapkan pelbagai polisi untuk penggunaan internet di tempat mereka, termasuklah di pejabat saya ni antaranya menghalang menggunakan Yahoo Messenger dan memasangnya di komputer anda. Mungkin ada yang telah tahu laman web ini dan untuk yang tak tahu, terdapat satu laman web yang membolehkan anda chatting online tanpa perlu memasang perisian dan percuma seperti Yahoo Messenger iaitu http://www.meebo.com.
Terdapat juga beberapa jenis IM (instant messaging) yang turut boleh digunakan hanya di dalam satu laman web ini sahaja seperti aim, msn, yahoo messenger dan google talk.
Caranya amat mudah. Anda hanya perlu pergi ke laman web ini http://www.meebo.com. Sekiranya anda mahu chat menggunakan Yahoo Messenger, anda hanya perlu masukkan login dan password yang sama seperti Yahoo Messenger asal anda. Selepas itu, chattinglah sepuas-puas hati anda!
Download Laporan Terhad Ini Secara Percuma Sekarang!
Dan hasilkan pendapatan sampingan untuk anda.
Sekiranya anda berminat menceburi bidang perniagaan internet atau perniagaan sebenar atau anda sekadar mahu menambah ilmu mengenai bidang perniagaan dan pemasaran, segera dapatkan laporan percuma ini yang menerangkan ancaman terhadap pemasaran rangkaian seperti MLM dan bagaimana anda hendak menghadapinya.
Laporan ringkas yang begitu menarik isinya dan yang paling penting percuma untuk anda download.
Mike Filsaime juga menawarkan ganjaran sekiranya anda dapat menyebarkan laporan yang bermanfaat ini kepada sesiapa sahaja…. Cepat, ia boleh didapati dalam masa yang terhad. Kalau anda lambat, rugilah anda. Rugi ilmu, rugi duit!
Untuk download, klik sini atau klik gambar dibawah ini.
http://www.the-death-of-networkmarketing.com/?see-why=8555
Berminat dengan sesuatu barangan atau produk di internet tapi anda tidak tahu bagaimana mahu mendapatkannya? Tidak yakin dengan transaksi internet?
Terdapat panduan percuma untuk anda iaitu Panduan Membeli-Belah Secara Online yang ditulis oleh Sham dari Rajaadsense.com untuk pengguna seperti anda tak kira samada anda adalah pengguna biasa atau seorang usahawan.
Untuk muat turun, klik sini atau klik gambar dibawah ini.
KELIRU dengan pelbagai istilah teknologi rangkaian masa kini terutama teknologi tanpa wayar atau bergerak? Baru sahaja kita mengenali teknologi 3G untuk rangkaian telefon bimbit berkelajuan tinggi dan WiFi, kini timbul pula istilah baru, WiMax.
Teknologi wayarles sememangnya mendapat perhatian di seluruh dunia dan di negara kita, ia dijangka boleh menjadi jawapan kepada masalah akses jalur lebar yang sangat rendah. Untuk menghubungkan manusia dan mesin, selain 3G yang merupakan teknologi untuk rangkaian data berkelajuan tinggi berasaskan telefon bimbit, terdapat juga WiFi atau WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles) yang merupakan teknologi wayarles berasaskan rangkaian komputer menggunakan standard IEEE 802.11. WiMax pula merupakan teknologi wayarles terkini yang dikatakan akan menggugat kehebatan 3G kerana kemampuan liputan dan kelajuan rangkaiannya. WiMax dikatakan boleh mengadakan liputan bagi kawasan sehingga 50 kilometer dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding 3G.
Bagaimanapun, apa yang hangat diperbincangkan pada masa ini ialah teknologi jalur lebar wayarles yang dikatakan mampu meningkatkan kadar penembusan pengguna jalur lebar di negara ini.Malaysia sememangnya agak ketinggalan dari segi bilangan pengguna jalur lebar berbanding negara-negara di rantau ini yang sedang membangun dengan pesat dalam teknologi itu.
Menurut IDC Malaysia, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia hanya mencecah angka 2 peratus sahaja pada 2003, berbanding Singapura 30 peratus, Taiwan 40 peratus dan Korea Selatan lebih 60 peratus. Masalah akses jalur lebar di negara kita sememangnya serius. Sehubungan itu, baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jalur Lebar Negara bermatlamat untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara pada tahap antara 5 dan 10 peratus dari 2006 hingga 2008 atau mencapai 2.8 juta pengguna.
Memandangkan pelaksanaan jalur lebar menggunakan teknologi ADSL yang menggunakan kabel memerlukan masa dan kos yang tinggi untuk boleh dilaksanakan secara menyeluruh, maka teknologi wayarles sebenarnya boleh menjadi alternatif masa kini.
3G
Merupakan singkatan kepada teknologi komunikasi bergerak berkelajuan tinggi generasi ketiga yang muncul selepas 1G (1980) dan 2G (1990). 3G membolehkan pengguna menikmati kelebihan multimedia dan menawarkan capaian kepada Internet pada kelajuan sehingga 2 megabait sesaat (2Mbps).
3G merupakan kesinambungan teknologi telefon bimbit bermula dari GSM dipertingkatkan kepada GPRS, EDGE dan seterusnya 3G (WCDMA). Bagaimanapun, ia adalah satu platform dengan teknologi baru berbanding GSM sedia ada.
Memandangkan pelaksanaannya juga agak perlahan di negara ini dan terhad, maka 3G juga suatu yang belum pasti mampu menyelesaikan masalah jurang digital jalur lebar di negara ini.
WiFi
Sehubungan itu, teknologi wayarles pengkomputeran seperti WiFi (Wireless Fidelity) mendapat perhatian.Misalnya, walaupun telah mempunyai lesen 3G, syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom juga telah menunjukkan minat yang tinggi dengan teknologi WiFi dengan satu demi satu memperkenalkan perkhidmatan hotspot di seluruh negara.
Teknologi WiFi atau WLAN menggunakan standard 802.11b mempunyai kelajuan transaksi 11 Mbps dengan liputan sehingga 90 meter. Manakala, WLAN berasaskan 802.11a mempunyai kelajuan 54Mbps tetapi liputan lebih dekat berbanding 802.11b). Teknologi WLAN terkini yang sedang memasuki pasaran negara ialah produk berasaskan 802.11g (menggabungkan kedua-dua fungsi 802.11b dan 802.11a). Kepentingan dan populariti WiFi tidak dapat dinafikan. Menurut IDC, terdapat kira-kira 480 hotspot (pusat akses WiFi untuk orang ramai) pada 2006 dan terus meningkat di seluruh negara.
WiMax
Bagi WiMax pula, ia mempunyai kemampuan untuk menampung transmisi kelajuan data antara 15 hingga 75 Mbps akan menjadikan ia sebagai pilihan teknologi masa depan. Ia bagaimanapun tidak akan mencabar 3G atau WiFi secara langsung kerana mereka dibangunkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.
Seperti WiFi yang digunakan untuk menghubungkan peranti atau komputer di kawasan rumah atau pejabat, WiMax pula akan digunakan untuk menghubungkan rangkaian-rangkaian WiFi di suatu kawasan yang luas. Manakala, 3G pula menjadi penghubung WiMax ke seluruh negara dan dunia.
WiMAX sebenarnya teknologi wayarles untuk sambungan akhir (last mile) yang berada dalam kategori Rangkaian Kawasan Metro (WAN) kerana mempunyai kemampuannya menghubungi sehingga jarak 50 kilometer, berbanding WiFi (sehingga 90 meter). Sudah tentu dengan gandingan 3G yang merupakan teknologi telefon bimbit dengan kemampuan rangkaian kawasan luas wayarles (WWAN), WiFi dan WiMax akan mampu memainkan peranan yang lebih penting dalam meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara.
RANGKAIAN WAYARLES
* WPAN (rangkaian kawasan peribadi wayarles) untuk komunikasi jarak dekat seperti Bluetooth (802.15.1) dengan kelajuan 110 - 480 Mbps.
* WiFi atau WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles) merupakan komunikasi untuk sesuatu kawasan dalam jarak 100 meter dengan kelajuan 15 - 54 Mbps.
* WiMax atau WMAN (rangkaian kawasan metro wayarles) komunikasi sehingga 50 km dengan kelajuan 15 - 75 Mbps
* 3G/WCDMA atau WWAN (rangkaian kawasan jauh wayarles) untuk komunikasi jarak jauh (termasuk global) dengan kelajuan sehingga 2 Mbps.