Harini nak bercerita sikit mengenai perihal dalaman Malaysia. Bukan cerita politik ok, bukan cerita Chua Soi Lek, bukan cerita pasal Zarina An Julie mahupun Faizal Tahir aka Superman. Ni cuma cerita pilihanraya jer…
Pilihanraya semakin dekat. Macam-macam cerita pasal pilihanraya yang kita dengar dan tengok di televisyen. Tapi tu semua bukanlah masalah kita. Perkara yang paling penting, sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?
Kalau anda sudah mengundi, anda boleh membuat semakan dengan cepat, mudah dan sambil bergelak ketawa dengan melayari web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
dengan klik disini atau ke laman web http://spr.gov.my/
Disamping melawat-lawat laman web SPR tu, anda boleh menambah pengetahuan mengenai sejarah pilihanraya di Malaysia ni.
Siapa lagi yang kena tau kalau bukan kita.
Akhirkata, sayangilah Malaysia anda.

p/s : saya dah mendaftar, anda bila lagi? Macam iklan pulak…. ;)
DAVOS (Switzerland): Google Inc, syarikat gergasi enjin pencarian internet, memulakan perbincangan dengan Multimedia Development Corporation (MDeC) susulan rancangannya untuk mewujudkan pangkalan di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata syarikat itu berminat melabur di Malaysia berikutan prasarana mencukupi dan kedudukan geografi yang strategik.
Katanya, Google juga berpendapat rancangan masa depan teknologi komunikasi maklumat (ICT) negara boleh membantu pembangunan syarikat itu mewujudkan pangkalan di Malaysia.
“Google juga menyatakan puas hati dengan kadar peningkatan pengguna Google di Malaysia yang mana ia tertinggi berbanding di negara lain di rantau Asia Tenggara,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Terdahulu Abdullah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt di luar mesyuarat tahunan WEF.
Abdullah berkata, Google juga berharap kemudahan disediakan kelak akan turut dapat dimanfaatkan negara. Di Asia, Google mempunyai pejabat di China, Hong Kong, India, Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.
Kemudahan carian dan cara mudah menggunakannya menjadikan Google antara jenama yang paling terkemuka dan sebagai satu perniagaan, syarikat itu menjana pendapatan dengan menyediakan pengiklanan melalui internet yang menjimatkan kos bagi pengiklan.
Mengenai WEF 2008, Abdullah berpendapat forum itu membuktikan ia bersedia menjadikan topik perbincangan berasaskan daripada perkembangan yang berlaku di dunia.
Sebelum ini, katanya, isu hangat iaitu kemelesetan ekonomi yang pernah melanda Amerika Syarikat tidak dijadikan sebagai tajuk perbincangan, tetapi kini sudah pun menjadi perkara yang ditimbulkan di kalangan peserta.
“Jadi, ia (WEF) menjadi forum yang cukup responsif terhadap apa juga perkembangan yang berkaitan ekonomi mahupun politik. Selain itu, bilangan yang datang begitu ramai dan ia memberi kesempatan kepada banyak pihak untuk berbincang secara dua hala, bukan saja sesama pemimpin kerajaan, tetapi juga dengan ketua syarikat besar global,” katanya.
Perdana Menteri serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis yang turut berada di sini, mengambil kesempatan sempena mesyuarat tahunan WEF bagi mempromosikan Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) selama lima hari di Kuala Lumpur, bermula 18 Mei ini.
“Sambutannya baik. Datuk Seri Dr Jamaludin dan pegawai MDec mengambil peluang bertemu banyak pihak semasa di sini,” katanya.
rujukan : berita harian
p/s : nampaknya bila google dah ada kat malaysia, lepas ni harap-haraplah ada adsense dalam bahasa malaysia yer.. senang nak buat income ;)
Berita baik untuk peminat Google dan yang mahu mencuba aplikasi terbaru.
Google telah melahirkan sebuah sistem operasi (operating system) terbaru yang dinamakan gOS.


Sistem operasi yang baru ini adalah hasil penjanaan platform Linux Ubuntu. Google telah menghasilkan versi mereka yang telah dilengkapi web aplikasi yang tersedia untuk peminat atau pengguna Google untuk lebih memudahkan mereka. Contoh web aplikasi yang menarik ialah Google mail, Google Docs, Meebo, Youtube, facebook dan lain-lain. gOS ini juga telah dilengkapi perisian pejabat, multimedia dan grafik seperti gimp.
Dengan rekabentuk yang cantik dan ciri-ciri yang menarik, apa salahnya anda mencuba sistem operasi ini dengan mendapatkannya secara percuma dengan muat turun gOS disini atau ke laman web gOS iaitu www.thinkgos.com
34 Plugin Firefox Yang Berguna Untuk Kehebatan Pelayaran Internet Anda.
Pengguna Musang Berapi (Firefox) yang setia? Pernah gunakan plugin Firefox untuk pelayaran internet lebih menyenangkan? Di sini terdapat koleksi 34 plugin firefox yang terbaik dan popular yang menjadikan pelayaran internet, muat turun dan navigasi Firefox menjadi mudah dan berkuasa.
Kebanyakkan plugin ini seharusnya berfungsi dengan baik dengan pelayar Firefox 2++ .
Cubalah untuk rasai kelainannya dan gunakan mengikut keperluan anda…..
Ini bukanlah senarai lengkap kepada plugin yang ditawarkan kepada Firefox di internet. Ini adalah plugin yang biasa digunakan dan popular. Terdapat pelbagai lagi plugin yang disediakan untuk kemudahan pengguna. Carilah di pakcik google yer…
Sebelum balik opis ni, saje je periksa - periksa email dan tanpa disangka-sangka menerima email dari Josh Lim pula. Nampaknya dia mengaku salah dan meminta maaf. Dalam email tersebut ia juga menerangkan apa yang berlaku. Tapi ada ke setelah beberapa hari kejadian tersebut baru nak minta maaf?
Yelahkan, sebagai manusia siapalah yang tak pernah buat silap tapi kesilapan kecil dan bodoh yang dilakukan oleh advertlet.com telah menjejaskan ribuan orang lain.
Saya pun sememangnya terkena juga. Mulai saat ini, saya tak akan memasang advertlet lagi…
Maaf Josh Lim… Seseorang perlu menerima akibatnya (someone need to pay)….
Untuk membaca email yang yang tidak diedit pun oleh saya yang dikirimkan oleh Josh Lim @ Advertlets.com, lihat bawah ni…
Read the rest of this entry »
Antara klon dengan yang berjenama?
Soalan yang selalu bermain di fikiran kita iaitu komputer jenama apakah yang bagus, tahan lama, tak rosak, tahan lasak dan laju(?). Sudah tentu ramai yang berpendapat komputer yang berjenama terkenal yang iklannya sering muncul dalam iklan tv atau suratkhabar adalah yang lebih baik. Namun, ia bergantung kepada anda juga iaitu apakah keperluan anda dan berapa pula bajet anda.
Bermula dengan sejarah IBM yang memasarkan komputer dengan jenamanya sendiri, kemudian telah memberi kebenaran lesen IBM untuk sebuah syarikat di Taiwan untuk mengeluarkan komputer dengan harga yang lebih murah. Komputer yang dikeluarkan oleh syarikat taiwan inilah yang dikenali sebagai komputer klon. Strategi IBM memberikan kebenaran membuat komputer klon (serasi IBM) telah memakan diri sendiri. Lihat sahaja, bermula dengan itu, pelbagai jenis komputer klon telah dikeluarkan dengan harga yang murah bersaing dengan komputer berjenama.
Di Malaysia terdapat beberapa tempat terkenal untuk mendapatkan perkakasan (hardware) untuk komputer klon iaitu Plaza Lowyat dan Mines IT City di Seri Kembangan. Walaupun komputer klon tetapi jangan diperlekehkan kerana kini perkakasan (hardware) untuk komputer klon adalah yang berkualiti dan baik.
Dibawah ni sedikit perbezaan diantara komputer klon dan komputer berjenama…
Komputer klon
Komputer berjenama
Semuanya bergantung kepada anda. Komputer saya di rumah menggunakan komputer klon sebab mudah nak naik taraf. Dan berbanding menggunakan komputer berjenama dengan perbezaan harga yang agak ketara, mungkin lebihan wang anda boleh anda naiktaraf komputer anda dengan perkakasan yang lebih baik….
Salam Sejahtera & Selamat Tahun Baru 2008….
Macamana dengan sambutan tahun baru anda? Meriah ke tidak? Saya hanya menyambut di rumah sahaja bersama baby baru yang tersayang… ;) Harap-harap di tahun baru ni dengan azam tahun baru akan tercapai. Azam tahun baru saya ialah mengeluarkan produk / ebook nanti secepat mungkin, insya-allah…
Harini ada sedikit tips mudah untuk anda. Tip komputer kali ini ialah mempercepatkan proses defrag atau defragmentation dalam bahasa inggerisnya. Kalau secara biasa, proses defrag mungkin memakan masa sedikit tetapi setelah melakukan beberapa perubahan pada registry, anda akan melihat perubahannya nanti…
Sebelum tu, kenapa kita perlu defrag fail sistem dalam Windows kita?
Jawapan yang ringkas ialah kerana dengan defrag, fail-fail di dalam Windows atau sistem fail akan lebih teratur dan memudahkan capaian dari sistem operasi atau aplikasi-aplikasi lain. Jadi komputer anda menjadi lebih lancar.
Ok, tanpa berlengah lagi, kita teruskan agenda kita pada kali ini…
Langkah 1
Buka Registry. Caranya Klik Start > Run dan taip regedit
Pergi ke sube menu HKEY_LOCAL_MACHINE > SOFTWARE > Microsoft > Windows > CurrentVersion > RunOnce
atau HKEY_LOCAL_MACHINE\software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\RunOnce
Langkah 3
Klik kanan pada subkey RunOnce dan pilih New > String Value.
Langkah 4
Namakan value sebagai fastdefrag.
Langkah 5
Kemudian klik fail yang dibina tadi yang bertajuk fastdefrag sebentar tadi sebanyak dua kali. Satu tetingkap Edit String muncul.
Taipkan Defrag.exe c:/f di ruangan Value Data dan klik OK.
Ia akan kelihatan dibawah.
Langkah 6
Tutup Registry Editor dan restart Windows serta mulakan defrag anda.
Semoga berjaya!
p/s : Mengubahsuai registry mungkin boleh mengakibatkan komputer anda mengalami masalah dan tidak stabil. Jika berlaku sebarang masalah, pihak saya tidak bertanggungjawab tetapi setakat harini, insya-allah pc saya tiada masalah lagi…
Teringin memiliki komputer yang kecil dan nipis seperti atau hampir macam komputer riba? NEC telah melancarkan sebuah komputer hibrid yang menarik. Komputer hibrid tersebut ialah NEC POWERMATE P5000 yang mempunyai rekaan yang unik dan hanya besar sedikit dari komputer riba. Dengan konsep tanpa wayarnya, model ini dikeluarkan dengan ciri tanpa wayar seperti tetikus dan papan kunci yang memberikan kebebasan perkomputeran untuk pengguna.

Turut dilengkapi skrin LCD 17 inci yang memberikan kepuasan tontonan kerana kualitinya serta anda boleh ubah kemana-mana sahaja komputer anda dengan beratnya hanya lebih kurang 4 kg. Harga rasmi masih tidak diketahui tapi desas desus mengatakan sekitar RM3XXX - RM4XXX. Jadi, tunggu jelah yer…
Spesifikasi :
| Pemproses | AMD TurionTM 64 X2 processor TL-52 (1.6GHz) |
| Sistem Operasi | Genuine Windows Vista® Home Premium |
| LCD | 17.1 TFT LCD Berwarna |
| Resolusi LCD | 1440 x 900 |
| Cache | 2 X 512KB L2 Cache |
| Chipset | ATI RS690MC Chipset |
| Memori | 1GB DDR2 Memori |
| Tambahan | Sehingga 4GB DDR2 Memori |
| Jumlah slot memori | 2 DIMM |
| Audio | Realtek ALC262 audio codec 4-channel (3.1) High Definition Audio |
| Cakera Keras | 200GB SATA 5400RPM |
| Pemacu DVD | Slot-loading DVD_Super Multi DL +/-R (Double Layer) |
| Grafik Video | Integrated ATI Radeon X1200 |
| LAN Tanpa Wayar | Integrated 802.11b/g Wireless LAN Adapter |
| Rangkaian | Gigabit LAN (10/100/1000 Mbits/sec) Support Wake On LAN |
| Pembaca Digital Media | 13-in-1* Digital Media |
| Panel Depan | 2 X USB 2.0 ports, 1 X Mic In/Line In, 1 X Line Out, 1 X IEEE1394a port |
| Panel Belakang | 2 X USB 2.0 ports, 1 X RJ45 port |
| Papan kunci & Tetikus | RF Multimedia Papan kunci tanpa wayar |
| Berat | 4Kg |
Sekarang ni, banyak pemain muzik mempunyai pelbagai fungsi selain dari memainkan muzik sahaja dan Apple juga tidak terlepas dari situasi tersebut dan telah mengeluarkan versi pemain muzik terbaru mereka. Apple telah mengeluarkan model terbaru ipodnya iaitu iPOD Touch. Diasaskan dari teknologi iPHONE, segala fungsinya boleh dilakukan dengan hanya sentuhan di skrin sahaja. Selain fungsinya mendengar muzik dan menonton video, ia boleh melayari web kerana dilengkapi Wi-Fi. Selain itu, ia dilengkapi aplikasi Youtube untuk membolehkan anda menonton video dari Youtube.
Selain itu, ia mempunyai fungsi paparan yang secara automatik menetapkan posisi samada menegak atau melintang mengikut posisi pengguna melihat skrin. Walaupun dengan saiz rekaan yang nipis iaitu 110 x 61.8 x 8mm ia masih mampu memain semula lagu sehingga 22 jam audio dan 5 jam video.
Saiz & Berat
Tambahan :