Kenyataan Akhbar Dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia Berhubung Isu Penayangan ‘FITNA’ Yang Menghina AL-Quran.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan penayangan filem FITNA oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang secara terang – terangan menghina Al – Quran.
Tindakan biadap dan keji ini merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia dan perlu dikutuk oleh semua masyarakat Islam di negara ini. Tindakan tidak bertanggungjawab serta boleh mengeruhkan keamanan dunia dan perhubungan di antara agama ini perlu dibantah oleh masyarakat pengguna Islam.
PPIM bersama dengan ahli Majlis Permuafakatan Antara NGO (MAPAN) menggesa masyarakat pengguna Islam di negara ini melancarkan boikot terpilih produk keluaran Belanda bagi menyuarakan bantahan secara aman terhadap penghinaan serta provokasi ke atas agama Islam.
Boikot terpilih ini diharapkan akan berjaya menghantar isyarat yang jelas kepada pihak yang berkenaan agar tidak melakukan perkara yang biadap ini kepada sesiapapun dan belajar menghormati sesama manusia demi mewujudkan masyarakat dunia yang cintakan keamanan.
Kempen Boikot 3 produk, terpilih ini Shell, Dutch Lady, Philips akan membolehkan semua masyarakat pengguna Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyuarakan bantahan secara aman dan melakukan sesuatu bagi mengutuk serta membantah tindakan biadap serta terkeji ini.
Kempen boikot terpilih ini adalah juga sebagai tanda protes terhadap Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang jelas menghina Islam secara terang – terangan. Tiada gunanya kita bersikap agresif bagi menyuarakan bantahan tetapi PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang jelas bahawa jangan mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam. Justeru, masyarakat pengguna Islam di Negara ini perlu bangkit dan lebih bijak mempertahankan hak dan maruah kita dengan bijaksana.
Masyarakat pengguna Islam juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung produk keluaran Belanda dengan melayari laman web PPIM www.muslimconsumer.org.my atau menghubungi talian hotline kami di 019-3591000.
Sumber : www.muslimconsumer.org.my
Edited : Tambahan produk buatan Belanda
- FereroRoche, Planta, Lady’s Choice, Lipton, Knorr, Dove, Sunlight, Radiant, Rexona, Ponds, Danone…
Berita baik untuk pengguna Windows Vista. Pada pertengahan bulan Mac baru-baru ini, akhirnya, Microsoft telah mengeluarkan Windows Vista SP1 (Servce Pack 1) untuk semua penggunanya.
Bagi peminat dan pengguna Windows Vista akan menerima muat turun SP1 secara automatik ke komputer anda bermula pertengahan april ini. Untuk membolehkan anda menerima muat turun secara automatik, anda perlu pastikan telah menetapkan konfigurasi setting Windows Update anda.
Antara penambahbaikkan yang terdapat di Windows Vista SP1 ialah :
Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, anda masih boleh muat turun SP1 ke komputer anda tanpa perlu menunggu Windows Update.
Anda hanya perlu klik link di bawah untuk muat turun.
Bosan atau mahu menukarkan antaramuka Windows Xp Bahasa Melayu? Mungkin anda telahpun biasa dengan Sistem Pengoperasian Windows XP dengan versi antaramuka berbahasa Inggeris. Namun mungkin ada yang kurang faham dalam bahasa inggeris tersebut, jadi apa kata anda mencuba Windows XP yang mempunyai antaramuka berbahasa Melayu pula.

Tidak perlu risau kerana anda tidak perlu memformat PC anda kerana ianya merupakan satu set perisian tambahan kepada fail Windows XP yang sedia ada.
Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila kita dapat menggunakan Sistem Pengoperasian dengan antaramuka bahasa selain bahasa Inggeris lagipun ianya mudah dan jika anda berubah fikiran, anda boleh uninstall fail tersebut !
Jika anda ingin mencuba fungsi ini, anda boleh muat turun dengan klik link sini atau download di bawah ini.
Saya sering menerima soalan mengenai internet. Jadi, harini saya tuliskan sedikit artikel yang saya rujuk dari beberapa buku dan internet untuk pembacaan umum….
Kalau ada salah silap tuh, minta maaf yer…
Apa Itu Internet?
Internet (kependekan daripada perkataan ‘inter-network’) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf ‘I’ besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.
Komputer bukanlah internet, ia hanya sekadar alat yang menyalurkan dan memungkinkan komunikasi terlaksana.
Jalinan internet terlaksana menerusi paduan bersama yang dikenali sebagai protokol. Protokol yang digunakan untuk komunikasi dan penghantaran data ialah Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet atau TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol).
Antara peranan internet ialah;
- Berkomunikasi menerusi mel elektronik
- Memperoleh maklumat terkini menerusi World Wide Web (www)
- Memindahkan fail dari sistem hos menerusi File Transfer Protocol (FTP)
- Mengadakan forum elektronik
- Menggunakan capaian komputer jarak jauh (remote login) menerusi Telnet
- Berkomunikasi menerusi Internet Relay Chat (IRC)
- Berkongsi info seperti blog
Seperti diketahui Internet yang dikenali juga sebagai `Dunia Tanpa Sempadan’ boleh membawa `dunia’ kepada anda dengan hanya berada di hadapan komputer di rumah, pejabat atau sekolah.
Sejarah Internet
Sejarah Internet sebenarnya telah bermula sejak 1960an lagi apabila rangkaian komputer telah diwujudkan oleh para penyelidik ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang ingin mewujudkan hubungan jika saluran komunikasi biasa bermasalah.
Read the rest of this entry »
Anda mahu melakukan format pada komputer anda tapi tiada CD Driver? Atau bermasalah dengan internet iaitu lambat nak muatturun driver perkakasan anda?
Sediakan payung sebelum hujan!
Apabila masalah seperti ini berlaku pastinya memeningkan kepala juga. Jadi, sebagai alternatif, adalah lebih baik kita melakukan salinan atau backup driver yang terdapat dalam Windows kita.
Terdapat perisian percuma yang dapat membantu kita mengumpulkan kesemua driver yang terdapat dalam Windows kita. Dengan sekali klik, anda dapat menyelesaikan masalah berkaitan driver anda.Terdapat dua perisian yang boleh anda gunakan iaitu :
1. DriverMax - perisian yang begitu memudahkan untuk anda melakukan backup driver anda ataupun restore semula semua driver anda dengan mudah di dalam satu folder. Antaramukanya yang menarik dan fungsinya yang mudah menjadikan ia pilihan utama untuk perisian seperti ini.
Laman web : www.innovative-sol.com/drivermax/index.htm
2. Driver Backup 1.0.0.1 - perisian ini juga boleh membantu mengumpulkan kesemua driver perkakasan komputer anda. Namun, antaramukanya agak ringkas dan fungsinya mungkin kurang menarik seperti DriverMax. Ia sebagai perisian alternatif kepada anda.
Laman web : http://wareseeker.com/freeware/driver-backup-1.0.0.1/247960/CSharp-DriverBackup.exe
3. Driver Collector 1.2 - perisian ini juga mengumpulkan kesemua driver perkakasan komputer anda. Antaramukanya agak ringkas dan fungsinya mungkin kurang menarik untuk anda.
Laman web : http://www.majorgeeks.com/download.php?det=3982
p/s : apabila anda dah backup kesemua driver perkakasan anda, jangan lupa backup atau simpan di CD atau ke drive d:/ anda…
Semoga berjaya!
Pilihanraya umum ke 12 Malaysia telah berakhir. Rakyat di Malaysia nampaknya telah membuat keputusan. Di harap pemerintahan baru ni akan memberi mesej kepada BN.
Saya bersengkang mata sehingga 3 pagi untuk melihat keputusan pilihanraya ni.
Statistik keputusan untuk kerusi Parlimen ini amat menarik untuk direnungi bersama.
Untuk keputusan penuh anda boleh lawat laman web :
- Utusan