Bayangkan dengan teknologi terkini, anda boleh membawa bersama perisian kegemaran anda dan biasa anda gunakan untuk digunakan dimana jua dan apa jenis PC di dalam dunia ni. Sekiranya ada perisian yang anda perlukan, anda hanya perlu bawa USB thumbdrive anda dan simpan. Gunakan bila perlu tanpa download semula atau install semula pada mana-mana PC. Mudah bukan?! Dan yang paling menarik sekali kebanyakkannya adalah percuma!Dengan saiz thumbdrive/pendrive yang semakin besar, tak menjadi masalah untuk anda muatkan sekali perisian-perisian yang berguna.
Sebelum itu, anda tahu apa itu USB Portable Software (Perisian Mudah alih)? Dengan teknologi terkini, kebanyakkan perisian telah dibina dan boleh disimpan di USB thumbdrive untuk digunakan terus di mana-mana komputer. Terdapat pelbagai jenis aplikasi sekarang yang boleh dijalankan hanya dengan thumbdrive/pendrive anda seperti perisian email, web browser, perisian pejabat, antivirus, perisian utiliti dan malahan sistem operasi (OS) juga ada yang telah boleh disimpan dan dijalankan hanya melalui thumbdrive/pendrive anda! Dan yang paling menarik, segala setting akan disimpan di dalam thumbdrive/pendrive anda. Jadi, tiada sebarang maklumat akan disimpan atau ditinggalkan di dalam pc orang lain yang anda gunakan.
Kini, terdapat pelbagai laman web yang menyediakan perisian mudah alih ini, malah ada yang telah mengumpulkannya di dalam satu laman web untuk memudahkan pengguna mendapatkan perisian-perisian mudah alih yang terkini yang kebanyakkannya percuma. Ada juga syarikat-syarikat yang menawarkan perisian mudah alih berbayar tapi ia bergantung kepada kelebihannya bukan?!
Antara laman web yang menyediakan USB Portable Software (Perisian Mudah alih) ialah :
Percuma :
http://portableapps.com/
http://www.portablefreeware.com/
Ini berbayar :
http://www.smarthumb.com/product/index.html
Antara senarai koleksi perisian mudah alih percuma :
Perisian Pejabat Mudah-Alih
Perisian Email Client Mudah-Alih
Perisian IM (Internet messaging) Mudah-Alih
Perisian Multimedia Mudah-Alih
Perisian Grafik Mudah-Alih
Perisian Web Browser dan internet tools Mudah-Alih
Perisian Keselamatan Mudah-Alih
Permainan Mudah-Alih
Dan maca-macam lagi perisian anda boleh dapati di internet nih…
Apa yang perlu anda buat ialah Google kan ajer ok…
Enjoy!
Antara kecanggihan dan kemudahan yang dimiliki oleh OS Windows, adalah memiliki sistem pangkalan data informasi yang tersusun mengenai konfigurasi perisian dan perkakasan dikenali sebagai Windows Registry.
Di bawah ni ada sedikit maklumat dan informasi mengenai apa itu Windows Registry…
Apa Itu Registry?
Menurut kamus Microsoft edisi ke 5, registry adalah:
Informasi dari registry diakses terus oleh Windows untuk mengetahui profil pengguna, aplikasi yang di install di komputer dan dokumen apa yang boleh dibuat oleh aplikasi tersebut, setting dari folder dan icon, perkakasan yang dipasang, dan port yang sedang dipakai.
Registry menggantikan hampir semua .ini file yang digunakan oleh konfigurasi Windows 3.x dan MS-DOS, seperti autoexec.bat dan config.sys. Meskipun registry ada di semua Windows, tapi tiap versi mempunyai perbezaan yang tersendiri.
Apa yang kita peroleh dengan merubah registry? Biasanya, pengguna melakukan sedikit konfigurasi pada registry mengikut keperluan pengguna seperti mengoptimakan kelajuan Windows, setting perisian-perisian dan lain-lain.
Susunan Registry
Registry disusun seperti file folder dan subfolder seperti di Windows Explorer. Bezanya folder ini tidak berisi file tetapi mempunyai informasi mengenai perisian dan perkakasan.
Folder: HKEY_CURRENT_USER
Berisi konfigurasi untuk pengguna yang semasa. Folder, warna screen, dan setting Control Panel juga disimpan disini. Kunci untuk HKEY_CURRENT_USER sering disingkat “HKCU.”
Folder: HKEY_USERS
Berisi profil semua pengguna yang mempunyai akaun profile di sistem. HKEY_CURRENT_USER adalah sebahagian dari HKEY_USERS. HKEY_USERS sering disingkat “HKU.”
Folder: HKEY_LOCAL_MACHINE
Berisi konfigurai perisian dan perkakasan (untuk semua pengguna). Singkat: HKLM.
Folder: HKEY_CLASSES_ROOT
Disingkat HKCR, adalah sebahagian dari HKEY_LOCAL_MACHINE\Software. Informasi disini digunakan untuk meluncurkan aplikasi yang benar jika anda mengklik file di Windows Explorer. Bermula dengan Windows 2000, informasi ini disimpan baik di HKEY_LOCAL_MACHINE dan juga di HKEY_CURRENT_USER.
HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Classes berisi setting default untuk semua pengguna di lokal komputer. HKEY_CURRENT_USER\Software\Classes berisi setting yang mengandungi setting semasa. HKEY_CLASSES_ROOT menggabung informasi dari kedua sumber ini (HKLM dan HCU).
Untuk merubah setting untuk pengguna yang sedang aktif, perubahan harus melalui HKCU\Software\Classes (bukan HKCR). Untuk merubah setting default harus melalui HKLM\Software\Classes. Jika anda menulis kunci dibawah HKCR, sistem akan menyimpan informasi ini di HKLM\Software\Classes. Jika anda menulis nilai dari kunci dibawah HKCR, dan kunci tersebut sudah ada dibawah HKCU\Software\Classes, sistem akan menyimpan informasi ini disini (daripada di HKLM\Software\Classes).
Folder: HKEY_CURRENT_CONFIG
Berisi informasi tentang profil hardware yang digunakan oleh lokal komputer. Singkatan: HKCC.
Persiapan
Sebelum merubah registry, anda sangat disarankan membuat back up. Kesalahan merubah registry boleh mengakibatkan Windows menghadapi masalah dengan perkakasan. Pastikan anda memahami dan sangat tahu apa yang mahu dilakukan pada registry anda.
Untuk backup registry, gunakan Registry Editor lalu ke menu File > Export…
Akses Registry Editor
Registry editor (regedit.exe) sudah ada di Windows. Untuk menjalankan:
Di aplikasi ini terdapat 2 bahagian. Bahagian kiri terlihat susunan folder seperti Windows Explorer dan disebelah kanan pula berisi maklumat-maklumat registry.
Rujukan tambahan : http://en.wikipedia.org/wiki/Windows_Registry