Pernah mendengar netbook? Pernah mendengar Intel Atom?
Untuk pengetahuan anda semua, netbook adalah revolusi terkini dari notebook. Revolusi yang berlaku amat ketara iaitu dari segi saiz, teknologi dan harganya. Revolusi tersebut disumbangkan dari teknologi cip pemproses Intel yang terkini iaitu Intel Atom. Dengan teras tunggal 64 bit, cip ini lebih kecil untuk mengoptimum penjimatan tenaga dan menyokong teknologi terbaru Intel bagi kegunaan peranti bersaiz kecil.Ia direka untuk kegunaan pengguna dan bersesuaian dengan objektif Intel untuk menawarkan peralatan yang lebih mudah digunakan, mampu dimiliki dan sedia digunakan untuk Internet.
Dengan saiz netbook yang kecil, ringan dan mesra pengguna memberi kemudahan sambungan tanpa wayar di mana sahaja yang anda mahu pergi seperti di meleyari internet di café-café atau hotspot tersedia.

Mari kita lihat ciri-ciri netbook :
Read the rest of this entry »

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
(14) Comments    Read More   
Posted ( admin ) in VideoUsahawan, Umum
11-09-2008

Salam ramadhan…

Saya pasti mesti ada yang telah mengetahui mengenai produk DVD Video Usahawan. Saya telah mendapatkan produk ini dan amat berpuas hati dengan isi kandungan serta rekaan luarannya yang profesional dan menarik.
Video Usahawan ini adalah panduan dalam bentuk video khusus dan amat sesuai untuk anda yang mahu menceburi bisnes internet. Bagi yang telah menceburi bidang internet pun boleh mendapatkannya untuk menambah ilmu serta mencuri sedikit ilmu dari pakar-pakar IM (Internet Marketer) Malaysia.
Bagi yang belum tahu dan mahu melihat modul yang yang ada boleh lihat di
laman web ini : VideoUsahawan

Antara modul yang ada ialah :

- Buat Duit Internet
- Pasaran
- Trafik
- Hartanah Maya (VRE)
- Jualan
- CRM
- SEO
dan tips-tips yang menarik.

Sebagai makluman kepada anda, cetakan pertama dengan harga RM67 telah habis dijual. Sungguh hangat sekali kerana dalam tempoh beberapa hari sahaja sudah habis. Kini adalah cetakan kedua yang berharga RM97 dan akan dinaikkan lagi ke RM147 tidak lama lagi. Cepat-cepatlah bertindak…

Untuk memberi nilai lebih lagi diatas pembelian anda, hari ini saya ingin memberikan tawaran menarik kepada anda..Sekiranya anda membeli dari link saya, anda akan menerima hadiah dibawah ini :

Ebook Panduan Lengkap Bijak Komputer

Ebook PC Safety 101

Koleksi Grafik 15 IM Templates yang menarik


Ebook Panduan Mudah FTP

Perisian You Cant Block This

Cash Build Strategies How To Earn A Solid Income Online

Dan sebagai bonus tambahan, hanya di blog ini sahaja, saya memulangkan kepada anda RM10 supaya anda dapat berjimat lagi di atas pembelian anda….
Jadi tunggu apa lagi, macam-macam yang anda dapat. Hanya disini… VideoUsahawan.
Klik VideoUsahawan sekarang!


klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(2) Comments    Read More   


Pernah tiba-tiba anda menerima mesej yang komputer anda telah diserang virus atau spyware? Padahal anda tidak pernah memasang antivirus yang mungkin anda tidak kenali yang secara tiba-tiba muncul? Saya baru je kena baru-baru ni. Dari mana entah  datangnya, keluar popup mengatakan komputer saya diserang virus. Padahal saya tak pernah pun memasang antivirus tersebut yang dikenali sebagai Antivirus 2008. Setelah saya selidiki di internet. Nyata bahawa perisian yang dikatakan antivirus tersebut adalah palsu (fake).

antivirus2008


Malware : Antivirus 2008

Antivirus 2008 merupakan kategori malware yang boleh menjahanamkan komputer anda. Terdapat pelbagai variasi malware ini. Ada namanya Antivirus 2009, antivirus XP dan lain-lain. Pendek kata yang ada nama ‘Antivirus’ tuh adalah golongan perisian malware yang jahat ini.
Apabila anda terinstall  malware ini, ia seperti melakukan imbasan (scan) ke dalam komputer anda dan kemudian akan mengeluarkan  keputusan palsu iaitu seolah-olah komputer anda penuh dengan virus, spyware dan lain-lain. Padahal ia merupakan laporan palsu supaya anda membeli perisian malware tersebut. Sekiranya anda tidak membeli perisian tersebut, ia akan terus menganggu kelancaran komputer anda dengan mengeluarkan popup dan ada variasi yang lain akan memapar atau mengubah wallpaper kita.

antivirus-2009.jpg

Variasi Malware : Antivirus 2009


Untuk membuangnya, anda hanya perlu muat turun perisian percuma anti-malware ini. http://www.malwarebytes.org

malwarebyte.JPG

Semoga berjaya!

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(16) Comments    Read More