Google Docs : Membina dokumen, Lembaran kerja dan persembahan secara online

Pernahkah anda terfikir untuk membina fail seperti dokumen untuk menaip surat menyurat, lembaran kerja untuk pengiraan akaun atau pun membina fail persembahan (presentation) tanpa aplikasi pejabat seperti Microsoft Office atau pun Open Office?

Sekarang ini, tanpa perlu memasang aplikasi pejabat seperti yang dinyatakan tadi, anda masih boleh menggunakan kemudahan tersebut secara online. Dan ianya percuma (selagi anda ada sambungan internet).

gdocs11.jpg

Pihak Google telah menawarkan perkhidmatan aplikasi pejabat ini secara percuma yang merangkumi pemprosesan perkataan (word processing), lembaran kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) secara percuma.

docs21.jpg

Aplikasi pejabat online ini telah dilancarkan pada Ogos 2005 iaitu dengan aplikasi pertamanya, pemprosesan perkataan. Pada 10 Oktober 2006, Google telah menggabungkan dua aplikasi iaitu pemprosesan perkataan dan lembaran kerja. Aplikasi terakhir ialah aplikasi persembahan yang diperkenalkan pada 17 September 2007.

Google Docs boleh melakukan fungsi-fungsi asas yang tersedia pada aplikasi pejabat pada komputer anda seperti menaip, meletakkan bullet list, membina jadual, memasukkan imej dan grafik, membuat formula dan pengiraan, dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda mempunyai fail dalam komputer anda yang ingin disimpan dalam talian atau ingin berkongsi fail dengan rakan-rakan lain, anda boleh memuat naik fail-fail seperti DOC, XLS, ODT, ODS, RTF, CSV, PPT dan lain-lain lagi.

Simpan Google Docs sebagai fail PDF

Salah satu kelebihan Google docs ialah ia mempunyai fungsi menukar atau menyimpan fail dalam bentuk pdf dan mengeksport beberapa fail lain iaitu format DOC, XLS, CSV, ODS, ODT, PDF, RTF dan HTML .

gdocspdf.jpg

Sekiranya anda mahu menukar fail seperti Word ke pdf, upload dan simpan sebagai fail pdf. Tak perlu perisian tambahan lain. Mudahkan!

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
    Read More   

Comments

Hamid on 27 December, 2007 at 2:59 am #

Terima kasih..nanti saya cuba :)


isabella on 30 December, 2008 at 8:17 am #

sy pun kn cube gak..=)


FapEmasopekap on 22 April, 2010 at 4:58 pm #

q on 23 June, 2010 at 11:15 am #

Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: