Canggih betul sekarang ni. Kad memori SD tanpa wayar atau lebih dikenali sebagai Eye-Fi Card baru ni telah diumumkan. Ia merupakan Kad memori SD pertama di dunia tanpa wayar untuk kamera digital. Ia nampaknya memberi dimensi baru kepada teknologi kad memori dan perkongsian gambar dari kamera digital ke komputer.
Ia boleh memindah gambar / foto secara automatik dari Eye-Fi Card dalam kamera anda tanpa wayar atau kabel. Ia kerana mempunyai teknologi terbina dalam wi-fi dan boleh disambungkan terus ke rangkaian anda.
Eye-fi juga menyediakan perkhidmatan percuma dan tanpa had ke dalam laman webnya bagi setiap pendaftaran setelah anda mendapatkan produk Eye-fi ini. Dan ia juga menyokong fungsi perkongsian dan mencetak dari laman web.
Perkara yang menjadi keutamaan ialah ia semestinya sesuai dengan pelbagai kamera digital yang menggunakan slot memori kad SD. Walaupun begitu, setakat ini ia hanya menawarkan saiz memori 2GB sahaja. Kemungkinan Eye-Fi Inc akan menambah beberapa jenis lagi saiz memori kad yang lain.


Ciri teknikal

* Keselamatan Wi-Fi : Static WEP 40/104/128, WPA-PSK, WPA2-PSK
* Jarak: 45 - 90+ kaki
* Kapasiti simpanan : 2.0GB
* Dimensi kad: SD standard 32mm x 24mm x 2.1mm
* berat kad t: 0.1oz.
* Berfungsi dengan WIFI 802.11g, 802.11b dan 802.11n.

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
    Read More   

Comments

508z7 on 23 June, 2010 at 11:16 am #

Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: