Sekarang ni, banyak pemain muzik mempunyai pelbagai fungsi selain dari memainkan muzik sahaja dan Apple juga tidak terlepas dari situasi tersebut dan telah mengeluarkan versi pemain muzik terbaru mereka. Apple telah mengeluarkan model terbaru ipodnya iaitu iPOD Touch. Diasaskan dari teknologi iPHONE, segala fungsinya boleh dilakukan dengan hanya sentuhan di skrin sahaja. Selain fungsinya mendengar muzik dan menonton video, ia boleh melayari web kerana dilengkapi Wi-Fi. Selain itu, ia dilengkapi aplikasi Youtube untuk membolehkan anda menonton video dari Youtube.
Selain itu, ia mempunyai fungsi paparan yang secara automatik menetapkan posisi samada menegak atau melintang mengikut posisi pengguna melihat skrin. Walaupun dengan saiz rekaan yang nipis iaitu 110 x 61.8 x 8mm ia masih mampu memain semula lagu sehingga 22 jam audio dan 5 jam video.
Saiz & Berat
Tambahan :
Apple telah melancarkan produk terbarunya, iPhone yang telah menjadi rebutan ramai peminat- peminat produk tersebut. iPhone yang merupakan alat serbaguna yang mempunyai pelbagai fungsi ini adalah merupakan produk Apple yang terkini yang telah berada di pasaran.
Dengan gabungan telefon bimbit, ipod dan fungsi internet, ia merupakan satu peranti serba boleh yang menjadi idaman. Ia dilengkapkan dengan fungsi email, pelayar web, Google maps, Google search dan pelbagai aplikasi lain yang menarik dan menghiburkan. Pengguna juga boleh menikmati hiburan seperti mendengar muzik, menonton video dan tv pads skrin layarnya yang lebar. Bagi yang sudah biasa dengan papan kekunci komputer, ia telah disertakan dengan papan kekunci QWERTY.
iPhone menggunakan prosessor 620 MHz ARM dengan spesifikasi:
- Ukuran layar: 3.5 inci
- Resolusi layar: 320×480 at 160 ppi
- Metode input: Multi-touch (multi-sentuh)
- Sistem operasi: OS X
- Penyimpanan: 4GB or 8GB
- GSM: Quad-band (MHz: 850, 900, 1800, 1900)
- Data nirkabel: WiFi (802.11b/g) + EDGE + Bluetooth 2.0
- Kamera: 2.0 megapiksel
- Baterai: Hingga 5 jam bicara/Video/Browsing, 16 jam Audio Playback
- Dimensi: 4.5 x 2.4 x 0.46 inches / 115 x 61 x 11.6mm
- Berat: 4.8 ounces / 135 gram
- Harga: 4 GB US$ 499 dan 8 GB US$ 599