Posted ( admin ) in Font, Windows XP, Tips & Tutorial
13-12-2007

Menambah font di Windows XP

Harini berkesempatan untuk berkongsi sedikit tips mudah untuk anda. Walaupun pada mulanya bercadang hendak membawa isteri berpantang di kampung di Temerloh tetapi disebabkan banjir di Lancang maka terpaksa ditunda beberapa hari. Maka dapatlah saya mengemaskini sedikit blog ini untuk tatapan anda.
Adakalanya kita mahu menggunakan selain font-font yang biasa atau standard yang terdapat di dalam komputer kita tapi tak tahu bagaimana caranya. Harini saya akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menambah font-font kegemaran anda ke dalam sistem komputer anda dengan mudah.

Langkah 1

Anda boleh dapatkan font di laman web kegemaran anda atau di http://www.searchfreefonts.com/ atau http://www.1001freefonts.com/. Anda perlu muat turun dan ekstrak ke dalam folder pilihan anda.

font.jpg

Langkah 2

Pergi ke menu Start > Control Panel. Kemudian di Control Panel, klik menu ikon Fonts.

font2.jpg

Read the rest of this entry »

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
(6) Comments    Read More