Berita baik untuk peminat Google dan yang mahu mencuba aplikasi terbaru.
Google telah melahirkan sebuah sistem operasi (operating system) terbaru yang dinamakan gOS.
gos.jpg
gos1.jpg

Sistem operasi yang baru ini adalah hasil penjanaan platform Linux Ubuntu. Google telah menghasilkan versi mereka yang telah dilengkapi web aplikasi yang tersedia untuk peminat atau pengguna Google untuk lebih memudahkan mereka. Contoh web aplikasi yang menarik ialah Google mail, Google Docs, Meebo, Youtube, facebook dan lain-lain. gOS ini juga telah dilengkapi perisian pejabat, multimedia dan grafik seperti gimp.

gos2.jpggos3.jpg

Dengan rekabentuk yang cantik dan ciri-ciri yang menarik, apa salahnya anda mencuba sistem operasi ini dengan mendapatkannya secara percuma dengan muat turun gOS disini atau ke laman web gOS iaitu www.thinkgos.com

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(6) Comments    Read More   

Google Docs : Membina dokumen, Lembaran kerja dan persembahan secara online

Pernahkah anda terfikir untuk membina fail seperti dokumen untuk menaip surat menyurat, lembaran kerja untuk pengiraan akaun atau pun membina fail persembahan (presentation) tanpa aplikasi pejabat seperti Microsoft Office atau pun Open Office?

Sekarang ini, tanpa perlu memasang aplikasi pejabat seperti yang dinyatakan tadi, anda masih boleh menggunakan kemudahan tersebut secara online. Dan ianya percuma (selagi anda ada sambungan internet).

gdocs11.jpg

Pihak Google telah menawarkan perkhidmatan aplikasi pejabat ini secara percuma yang merangkumi pemprosesan perkataan (word processing), lembaran kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) secara percuma.

docs21.jpg

Aplikasi pejabat online ini telah dilancarkan pada Ogos 2005 iaitu dengan aplikasi pertamanya, pemprosesan perkataan. Pada 10 Oktober 2006, Google telah menggabungkan dua aplikasi iaitu pemprosesan perkataan dan lembaran kerja. Aplikasi terakhir ialah aplikasi persembahan yang diperkenalkan pada 17 September 2007.

Google Docs boleh melakukan fungsi-fungsi asas yang tersedia pada aplikasi pejabat pada komputer anda seperti menaip, meletakkan bullet list, membina jadual, memasukkan imej dan grafik, membuat formula dan pengiraan, dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda mempunyai fail dalam komputer anda yang ingin disimpan dalam talian atau ingin berkongsi fail dengan rakan-rakan lain, anda boleh memuat naik fail-fail seperti DOC, XLS, ODT, ODS, RTF, CSV, PPT dan lain-lain lagi.

Simpan Google Docs sebagai fail PDF

Salah satu kelebihan Google docs ialah ia mempunyai fungsi menukar atau menyimpan fail dalam bentuk pdf dan mengeksport beberapa fail lain iaitu format DOC, XLS, CSV, ODS, ODT, PDF, RTF dan HTML .

gdocspdf.jpg

Sekiranya anda mahu menukar fail seperti Word ke pdf, upload dan simpan sebagai fail pdf. Tak perlu perisian tambahan lain. Mudahkan!

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(1) Comment    Read More