Intel Corporation (Intel) telah mengeluarkan pemproses terbaru iaitu pemproses dwi-teras Intel Itanium siri 9100. Pemproses ini merupakan generasi ke enam cip itanium.

intel_itanium_2.jpg

Tiga pengisian bas (three-load bus), dua pemproses dan satu set cip di dalam bas yang sama akan membesarkan jalur lebar untuk enterpris dan tugasan perkomputeran berprestasi tinggi.

Siri 9100 bercirikan kelajuan jam sehingga 1.66 GHz dan bas bahagian hadapan (FSB) 667 MHz di sekitar tenaga 104W.

Ciri itu bergabung dengan teknologi Socket Level Lock-Step untuk menyediakan kebolehpercayaan yang lebih baik, kebolehdapatan dan kebolehan menyediakan perkhidmatan (RAS) dengan menjamin setiap hasil pengiraan sentiasa konsisten di antara teras dan soket.

Satu lagi ciri siri 9100 ialah Pensuisan Berasaskan Permintaan (DBS) yang mana ia mengurangkan penggunaan tenaga dalam tempoh penggunaan yang sidikit. Faktor itu menyebabkan penjimatan kos tenaga yang banyak.

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(0) Comments    Read More