Pernah tiba-tiba anda menerima mesej yang komputer anda telah diserang virus atau spyware? Padahal anda tidak pernah memasang antivirus yang mungkin anda tidak kenali yang secara tiba-tiba muncul? Saya baru je kena baru-baru ni. Dari mana entah datangnya, keluar popup mengatakan komputer saya diserang virus. Padahal saya tak pernah pun memasang antivirus tersebut yang dikenali sebagai Antivirus 2008. Setelah saya selidiki di internet. Nyata bahawa perisian yang dikatakan antivirus tersebut adalah palsu (fake).
Malware : Antivirus 2008
Antivirus 2008 merupakan kategori malware yang boleh menjahanamkan komputer anda. Terdapat pelbagai variasi malware ini.
Apabila anda terinstall malware ini, ia seperti melakukan imbasan (scan) ke dalam komputer anda dan kemudian akan mengeluarkan keputusan palsu iaitu seolah-olah komputer anda penuh dengan virus, spyware dan lain-lain. Padahal ia merupakan laporan palsu supaya anda membeli perisian malware tersebut. Sekiranya anda tidak membeli perisian tersebut, ia akan terus menganggu kelancaran komputer anda dengan mengeluarkan popup dan ada variasi yang lain akan memapar atau mengubah wallpaper kita.
Variasi Malware : Antivirus 2009
Untuk membuangnya, anda hanya perlu muat turun perisian percuma anti-malware ini. http://www.malwarebytes.org
Bayangkan dengan teknologi terkini, anda boleh membawa bersama perisian kegemaran anda dan biasa anda gunakan untuk digunakan dimana jua dan apa jenis PC di dalam dunia ni. Sekiranya ada perisian yang anda perlukan, anda hanya perlu bawa USB thumbdrive anda dan simpan. Gunakan bila perlu tanpa download semula atau install semula pada mana-mana PC. Mudah bukan?! Dan yang paling menarik sekali kebanyakkannya adalah percuma!Dengan saiz thumbdrive/pendrive yang semakin besar, tak menjadi masalah untuk anda muatkan sekali perisian-perisian yang berguna.
Sebelum itu, anda tahu apa itu USB Portable Software (Perisian Mudah alih)? Dengan teknologi terkini, kebanyakkan perisian telah dibina dan boleh disimpan di USB thumbdrive untuk digunakan terus di mana-mana komputer. Terdapat pelbagai jenis aplikasi sekarang yang boleh dijalankan hanya dengan thumbdrive/pendrive anda seperti perisian email, web browser, perisian pejabat, antivirus, perisian utiliti dan malahan sistem operasi (OS) juga ada yang telah boleh disimpan dan dijalankan hanya melalui thumbdrive/pendrive anda! Dan yang paling menarik, segala setting akan disimpan di dalam thumbdrive/pendrive anda. Jadi, tiada sebarang maklumat akan disimpan atau ditinggalkan di dalam pc orang lain yang anda gunakan.
Kini, terdapat pelbagai laman web yang menyediakan perisian mudah alih ini, malah ada yang telah mengumpulkannya di dalam satu laman web untuk memudahkan pengguna mendapatkan perisian-perisian mudah alih yang terkini yang kebanyakkannya percuma. Ada juga syarikat-syarikat yang menawarkan perisian mudah alih berbayar tapi ia bergantung kepada kelebihannya bukan?!
Antara laman web yang menyediakan USB Portable Software (Perisian Mudah alih) ialah :
Percuma :
http://portableapps.com/
http://www.portablefreeware.com/
Ini berbayar :
http://www.smarthumb.com/product/index.html
Antara senarai koleksi perisian mudah alih percuma :
Perisian Pejabat Mudah-Alih
Perisian Email Client Mudah-Alih
Perisian IM (Internet messaging) Mudah-Alih
Perisian Multimedia Mudah-Alih
Perisian Grafik Mudah-Alih
Perisian Web Browser dan internet tools Mudah-Alih
Perisian Keselamatan Mudah-Alih
Permainan Mudah-Alih
Dan maca-macam lagi perisian anda boleh dapati di internet nih…
Apa yang perlu anda buat ialah Google kan ajer ok…
Enjoy!
Saya sering menerima soalan mengenai internet. Jadi, harini saya tuliskan sedikit artikel yang saya rujuk dari beberapa buku dan internet untuk pembacaan umum….
Kalau ada salah silap tuh, minta maaf yer…
Apa Itu Internet?
Internet (kependekan daripada perkataan ‘inter-network’) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf ‘I’ besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.
Komputer bukanlah internet, ia hanya sekadar alat yang menyalurkan dan memungkinkan komunikasi terlaksana.
Jalinan internet terlaksana menerusi paduan bersama yang dikenali sebagai protokol. Protokol yang digunakan untuk komunikasi dan penghantaran data ialah Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet atau TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol).
Antara peranan internet ialah;
- Berkomunikasi menerusi mel elektronik
- Memperoleh maklumat terkini menerusi World Wide Web (www)
- Memindahkan fail dari sistem hos menerusi File Transfer Protocol (FTP)
- Mengadakan forum elektronik
- Menggunakan capaian komputer jarak jauh (remote login) menerusi Telnet
- Berkomunikasi menerusi Internet Relay Chat (IRC)
- Berkongsi info seperti blog
Seperti diketahui Internet yang dikenali juga sebagai `Dunia Tanpa Sempadan’ boleh membawa `dunia’ kepada anda dengan hanya berada di hadapan komputer di rumah, pejabat atau sekolah.
Sejarah Internet
Sejarah Internet sebenarnya telah bermula sejak 1960an lagi apabila rangkaian komputer telah diwujudkan oleh para penyelidik ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang ingin mewujudkan hubungan jika saluran komunikasi biasa bermasalah.
Read the rest of this entry »
Ya, anda download laporan percuma ni dan anda dibayar lagi sebanyak USD1.00!!!
Siapa kata nak cari duit kat internet ni susah?
Percaya atau tidak, cuma download laporan (pdf) ini anda boleh dapat duit?
Harini ada lagi satu laporan percuma untuk anda download dan sebarkan kepada rakan-rakan anda dan anda akan dapat duit… USD 1.00 pula tu untuk setiap download…
Memang mudah. Tak percaya? Klik sini http://xfactoraffiliate.com/go.php/70041
Ini bukanlah pelaburan internet, perniagaan internet, MLM mahupun forex…
Laporan ini berkenaan bagaimana seorang seorang pemuda berusia 26 tahun boleh berjaya memilikki dua buah ferrari, rumah pantai bernilai jutaan dollar kurang dari 12 bulan…. Hanya menggunakan teknik pemasaran affiliatenya yang POWER.
Sebenarnya, anda tak perlu pun membaca laporan tersebut, hanya download sahaja.. anda boleh baca bila-bila masa yang anda mahu…
Tunggu apa lagi… cepatlah download dan suruh kawan-kawan anda download…
Sementara tawaran ini masih ada…
Pembayaran dilakukan memnggunakan akaun Paypal. Pastikan anda telah mempunyai akaun paypal. Sekiranya tiada, jangan lupa mendaftar akaun paypal secara percuma dengan klik sini atau ke www.paypal.com.
Kenapa paypal?
Paypal merupakan institusi kewangan internet yang paling popular digunakan untuk transaksi urusan perniagaan dan pembelian secara maya atau internet. Jadi jika anda mahu membeli sesuatu secara percuma di internet, cuma daftar paypal dan sebarkan laporan ini kepada seberapa ramai kepada rakan-rakan anda!. Anda dapat duit, rakan anda pun menerima faedah yang sama…
http://xfactoraffiliate.com/go.php/70041
Menghapus jejak internet anda.
Lama tak membuat entri. Saya memohon maaf sebab sibuk sedikit. Saya kini dalam proses akhir mengeluarkan produk sendiri. Jadi memakan sedikit masa.
Sekarang ni, transaksi internet telah menjadi biasa untuk kita. Perkara yang sering kita lakukan dengan transaksi internet ni biasanya pembayaran bil-bil secara online, membeli belah secara online dan juga selalu akses email-email penting bisnes kita.
Tahukah anda bahawa setiap transaksi atau tabiat pelayaran internet anda disimpan di internet yang dinamakan cache? Sekiranya anda menggunakan komputer sendiri pastinya tidak bermasalah. Ia menjadi berbahaya apabila anda sering berkongsi komputer atau sering menggunakan komputer di kafe siber kerana maklumat transaksi dan pelayaran internet anda yang tersimpan di cache boleh diceroboh dan disalah guna oleh mereka yang “nakal”.
Sebenarnya, fungsi cache bukanlah untuk orang lain berbuat nakal. Cache berfungsi untuk menyimpan maklumat mengenai laman web yang dilawat supaya pada lawatan akan datang, sekiranya anda melawat laman web yang sama maka maklumat tersebut akan dipanggil dan akan membuatkan pelayaran laman web anda menjadi pantas.
Fungsi yang berkaitan dengan cache pula ialah cookies. Fungsi cookies pula mengumpul maklumat termasuk katalaluan dan maklumat mengenai sesuatu laman web yang dilawati.
Bagaimana kita mahu memadam cache dan cookies ini?
Untuk pengguna Internet Explorer 7, ikut langkah - langkah di bawa ini :
Langkah 1
Buka Internet Explorer 7 anda.
Kemudian pergi ke menu Tools > Internet Options
Langkah 2
Di tetingkap Internet Options, anda akan berada di tab pertama iaitu General.
Kemudian di tab tersebut, pergi ke seksyen Browsing History. Klik Butang Delete.
Langkah 3
Kemudian muncul tetingkap Delete Browsing History. Terdapat beberapa seksyen di bahagian ini. Adalah dicadangkan anda memadam semua fail cache dengan klik butang Delete All….
Namun anda juga boleh memilih untuk membuang fail mengikut pilihan anda. Biasanya fail yang di buang adalah di seksyen Temporary Internet Fail dan Cookies.
Tetingkap pengesahan dipaparkan. Klik Yes untuk memadam fail.
Setelah selesai, klik Close dan OK.
Berminat dengan sesuatu barangan atau produk di internet tapi anda tidak tahu bagaimana mahu mendapatkannya? Tidak yakin dengan transaksi internet?
Terdapat panduan percuma untuk anda iaitu Panduan Membeli-Belah Secara Online yang ditulis oleh Sham dari Rajaadsense.com untuk pengguna seperti anda tak kira samada anda adalah pengguna biasa atau seorang usahawan.
Untuk muat turun, klik sini atau klik gambar dibawah ini.
Harini saya nak berkongsi sedikit mengenai pelayar web atau dalam bahasa inggerisnya web browser. Bagi pengguna Windows sudah tentunya mengenali biasa menggunakan pelayar web Internet Explorer. Namun, semakin lama semakin banyak kemunculan pelayar-pelayar web yang dicipta untuk pengguna. Kebanyakkan laman web
Selain Internet Explorer, pelayar web yang popular kini adalah Firefox. Selain itu, terdapat beberapa lagi pelayar web yang mempunyai keunikannya sendiri dan yang paling penting ia serasi dengan Windows.
Senarai Pelayar Web :
- Pelayar web ini kini amat popular dan merupakan alternatif terbaik dengan pelayar web sedia ada. Dengan kemaskini (update) yang kerap, ia memberikan nilai dan tahap keselamatan yang tinggi kepada pengguna. Sekaligus mampu mengelakkan ancaman seperti virus, spyware, popup dan malware.
- Selain itu, ia lebih laju dan mempunyai pelbagai fungsi yang boleh ditambah untuk meningkatkan lagi keupayaan pelayar web ini.
- Antara ciri-ciri yang terdapat pada pelayar web ini, mempunyai peluncuran tab, mempunyai fungsi restore, anti-phising dan fungsi RSS.
- Laman web : http://www.mozilla.com/en-US/firefox/
- Walaupun pelayar web ini kurang publisiti tetapi ia masih mempunyai peminatnya tersendiri. Namun, ia mempunyai inovasi yang tinggi dengan pelbagai fungsi dan ciri keselamatan.
- Antara ciri pelayar web ini ialah penggunaan memori yang kurang berbanding pelayar web yang lain membolehkan laman web dimuatkan dengan lebih cepat. Selain itu, ia turut dilengkapi peluncuran tab, fungsi RSS dan aplikasi email.
- Laman web : http://www.opera.com
Terdapat beberapa lagi pelayar web yang boleh anda
Apa pendapat anda? Kalau ada pelayar web lain yang anda gunakan dan ada komen, cuba ceritakan sikit…
1. Simpan password / nombor PIN anda dengan selamat dan ingat. Pastikan anda menukar password / nombor PIN anda selalu (dicadangkan setiap 3 -4 bulan). Sekiranya anda banyak melakukan transaksi internet dan mengakses banyak laman web, gunakan password yang berlainan untuk setiap laman web. Cipta password yang unik dan sukar untuk diteka seperti kombinasi huruf dan nombor.
2. Bagaimana anda tahu laman web tersebut selamat?
- Lihat pada URL yang bermula dengan https:// dan bukan http://. Apabila link tersebut bermula https:// bermaksud transaksi di laman web tersebut menggunakan rangkaian selamat.
- Lihat di status bar dengan terdapat ikon keselamatan berbentuk mangga yang kebiasaannya tedapat di laman-laman web bank. Dwi-klik ikon keselamatan tersebut dan pastikan ia mempunyai sijil digital yang sah.