Harini, saya telah update dan menyenaraikan perisian - perisian percuma terbaik untuk anda cuba dan gunakan. Walaupun perisian-perisian ini percuma tetapi amat berguna, berkualiti dan bagus. Semoga kita mendapat manfaat yang baik.
Dari semasa ke semasa, saya akan update senarai perisian-perisian tersebut. Jangan lupa masukkan email untuk langgan informasi-informasi terkini dari saya.
Anda boleh klik terus menu Perisian Percuma di atas atau baca entri di bawah ini…
Antivirus
Avast Home Edition
Website - http://www.avast.com
Avira AntiVir PersonalEdition Classic
Website - http://www.avira.com
AVG Anti-Virus Free Edition
Website - http://www.grisoft.com
PC Tools AntiVirusTM 3.6 for Windows®
Website - http://www.pctools.com
Antispyware
Spybot - Search & Destroy 1.5
Website - http://spybot.safer-networking.de/
Spyware Terminator 2
Website -http://dnl.spywareterminator.com/
Ad-Aware 2007
Website - http://www.lavasoft.de/
Spyware Doctor Starter Edition 5.1
Website - http://www.pctools.com
1-2-3 Spyware Free
Website - http://www.smartpctools.com/
Personal Firewall
ZoneAlarm Firewall (Windows 2000/XP)
Website - http://www.zonealarm.com/
Blink Personal Edition 3.2
Website - http://www.eeye.com/
Comodo Firewall Pro 2.4.18.184
Website - http://www.comodo.com/
Perisian Pejabat
OpenOffice.Org 2.3
Website - www.openoffice.org
Utiliti
Vista Transformation Pack 8.0
Website - windowsxlive.net/?p=1473
PDF Creator
Website - www.pdfcreator.com
Foxit Reader 2.2
Website - www.Foxitsoftware.com
Adobe Acrobat Reader 8
Website - http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html
Perisian Grafik
GIMP
Website - www.gimp.org/
Perisian Multimedia
Divx
Website - www.divx.com
Realplayer
Website - www.realplayer.com
VLC media player
Website - www.videolan.org
Winamp
Website - http://www.winamp.com/player
Download accelerator
Internet Download Accelerator
Website - http://www.westbyte.com/
Web Editing
NVU
Website - www.nvudev.com
Web browser
Firefox 2
Website - http://www.mozilla.com/en-US/firefox/
Opera
Website - www.opera.com
Flock
Website - www.flock.com
Perisian FTP
SmartFtp
Website -http://www.smartftp.com/download/
FIleZilla
Website -http://filezilla-project.org/download.php?type=client
Image Viewer
Irfanview
Website - http://www.irfanview.com/
FreeVimager
Website - www.ontaware.com
Zip
7zip
Website - http://www.7-zip.org/
Melihat sumber berita di internet, pilihanraya yang pada mulanya dijangka huru-hara telah berlangsung dalam keadaan aman. Namun, kita tunggu sahaja apa yang berlaku nanti. Siapa yang menang dan siapa yang tewas…
Cuma harapan kita, tidak berlaku lagi keganasan di satu-satunya negara nuklear Islam tersebut.
Untuk melihat keputusan pilihanraya Pakistan, anda boleh lawat laman web Suruhanjaya Pilihanraya Pakistan di http://www.ecp.gov.pk/
Harini nak bercerita sikit mengenai perihal dalaman Malaysia. Bukan cerita politik ok, bukan cerita Chua Soi Lek, bukan cerita pasal Zarina An Julie mahupun Faizal Tahir aka Superman. Ni cuma cerita pilihanraya jer…
Pilihanraya semakin dekat. Macam-macam cerita pasal pilihanraya yang kita dengar dan tengok di televisyen. Tapi tu semua bukanlah masalah kita. Perkara yang paling penting, sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?
Kalau anda sudah mengundi, anda boleh membuat semakan dengan cepat, mudah dan sambil bergelak ketawa dengan melayari web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
dengan klik disini atau ke laman web http://spr.gov.my/
Disamping melawat-lawat laman web SPR tu, anda boleh menambah pengetahuan mengenai sejarah pilihanraya di Malaysia ni.
Siapa lagi yang kena tau kalau bukan kita.
Akhirkata, sayangilah Malaysia anda.

p/s : saya dah mendaftar, anda bila lagi? Macam iklan pulak…. ;)
Berita baik untuk peminat Google dan yang mahu mencuba aplikasi terbaru.
Google telah melahirkan sebuah sistem operasi (operating system) terbaru yang dinamakan gOS.


Sistem operasi yang baru ini adalah hasil penjanaan platform Linux Ubuntu. Google telah menghasilkan versi mereka yang telah dilengkapi web aplikasi yang tersedia untuk peminat atau pengguna Google untuk lebih memudahkan mereka. Contoh web aplikasi yang menarik ialah Google mail, Google Docs, Meebo, Youtube, facebook dan lain-lain. gOS ini juga telah dilengkapi perisian pejabat, multimedia dan grafik seperti gimp.
Dengan rekabentuk yang cantik dan ciri-ciri yang menarik, apa salahnya anda mencuba sistem operasi ini dengan mendapatkannya secara percuma dengan muat turun gOS disini atau ke laman web gOS iaitu www.thinkgos.com
Shock 4Way 3D : Suasana Vista Di Dalam Windows XP.
Salam sejahtera…
Anda suka Windows Vista dan utilitinya yang menarik? Tapi tak mahu memasang di dalam komputer anda kerana pelbagai masalahnya…
Saya terjumpa satu laman web yang menarik. Di dalam web tersebut telah menyediakan perisian iaitu Shock 4Way 3D yang kelihatan seperti flip di dalam Windows Vista. Perisian ini memberikan kesegaran dan kelainan kepada Windows XP anda lagi pun ia PERCUMA!. Unik bukan.
Cubalah…
Klik sini atau laman webnya http://www.docs.kr/
Google Docs : Membina dokumen, Lembaran kerja dan persembahan secara online
Pernahkah anda terfikir untuk membina fail seperti dokumen untuk menaip
Sekarang ini, tanpa perlu memasang aplikasi pejabat seperti yang dinyatakan tadi, anda masih boleh menggunakan kemudahan tersebut secara online. Dan ianya percuma (selagi anda ada sambungan internet).
Pihak Google telah menawarkan perkhidmatan aplikasi pejabat ini secara percuma yang merangkumi pemprosesan perkataan (word processing), lembaran kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) secara percuma.
Aplikasi pejabat online ini telah dilancarkan pada Ogos 2005 iaitu dengan aplikasi pertamanya, pemprosesan perkataan. Pada 10 Oktober 2006, Google telah menggabungkan dua aplikasi iaitu pemprosesan perkataan dan lembaran kerja. Aplikasi terakhir ialah aplikasi persembahan yang diperkenalkan pada 17 September 2007.
Sekiranya anda mempunyai fail dalam komputer anda yang ingin disimpan dalam talian atau ingin berkongsi fail dengan rakan-rakan lain, anda boleh memuat naik fail-fail seperti DOC, XLS, ODT, ODS, RTF, CSV, PPT dan lain-lain lagi.
Simpan Google Docs sebagai fail PDF
Salah satu kelebihan Google docs ialah ia mempunyai fungsi menukar atau menyimpan fail dalam bentuk pdf dan mengeksport beberapa fail lain iaitu format DOC, XLS, CSV, ODS, ODT, PDF, RTF dan HTML .
Sekiranya anda mahu menukar fail seperti Word ke pdf, upload dan simpan sebagai fail pdf. Tak perlu perisian tambahan lain. Mudahkan!
Tips pantas : Chatting online tanpa sekatan!
Kebanyakkan syarikat, kolej, universiti dan pejabat-pejabat kerajaan sekarang telah menetapkan pelbagai polisi untuk penggunaan internet di tempat mereka, termasuklah di pejabat saya ni antaranya menghalang menggunakan Yahoo Messenger dan memasangnya di komputer anda. Mungkin ada yang telah tahu laman web ini dan untuk yang tak tahu, terdapat satu laman web yang membolehkan anda chatting online tanpa perlu memasang perisian dan percuma seperti Yahoo Messenger iaitu http://www.meebo.com.
Terdapat juga beberapa jenis IM (instant messaging) yang turut boleh digunakan hanya di dalam satu laman web ini sahaja seperti aim, msn, yahoo messenger dan google talk.
Caranya amat mudah. Anda hanya perlu pergi ke laman web ini http://www.meebo.com. Sekiranya anda mahu chat menggunakan Yahoo Messenger, anda hanya perlu masukkan login dan password yang sama seperti Yahoo Messenger asal anda. Selepas itu, chattinglah sepuas-puas hati anda!
Terdapat pelbagai laman web di internet yang menyediakan pembacaan al-quran di internet. Namun kali ini saya review sedikit laman web yang menyediakan pembacaan al-quran iaitu http://www.quranexplorer.com/
Tanpa perlu memuat turun apa-apa perisian, laman web interaktif ini menyediakan fungsi bacaan secara audio dan tafsiran ayat. Dan lebih istimewa, laman web ini juga menyediakan tafsiran dalam bahasa Malaysia.
Laman Web Penterjemah Rumi Ke Jawi
Tercari – cari perisian jawi? Tidak mahir menulis jawi? Kini ada laman web interaktif yang menawarkan perkhidmatan terjemahan rumi kepada jawi. Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma.
Laman web tersebut ialah http://www.ejawi.net/

Setelah selesai penterjemahan, anda hanya perlu salin ayat yang diterjemah ke Microsft Word anda atau lain-lain perisian word processing.
Laman web ini juga ada menyediakan kemudahan papan kunci jawi maya (virtual jawi keyboard). Ini akan memberikan kemudahan kepada pengguna sekiranya mahu menggunakannya sebagai alternatif.