Baru-baru ni Microsoft telah membuat tawaran untuk membeli syarikat internet terkenal, Yahoo! dengan tawaran $44.6 billion (RM144 bilion) iaitu dengan nilai kira-kira $31 untuk sesaham, Ia untuk bersaing dengan syarikat terkenal iaitu Google.
Namun, seperti telah dijangka ahli lembaga pengarah Yahoo! tidak begitu suka dengan Microsoft dan telah menolak tawaran tersebut dengan alasan bahawa dengan nilai $31 (RM100) sesaham adalah di bawah nilai sebenar dari tawaran tersebut. Nilai anggaran sepatutnya adalah lebih dari $40 (RM130) sesaham.
Tak sangka pula Yahoo! ni mata duitan dan materealistik juga yer. Tetapi ura-ura mengatakan Microsoft akan membuat tawaran baru kepada firma tersebut.
Pastinya kalau betul Yahoo! tidak mahu menjualkan firma mereka, mesti mereka pening kepala untuk menolak tawaran dari Microsoft tersebut.
Bagi Microsoft pula, mana yang boleh buat untung diaorang sapu jer… ;)
Baru-baru ini, Microsoft akhirnya telah mengeluarkan Windows Vista Service Pack 1 (SP1) pada 4 Februari 2008 selepas kira-kira 5 bulan menguji versi beta. Namun, untuk pengetahuan pengguna semua, Microsoft Vista SP1 yang baru dikeluarkan ini hanya untuk pengeluar terlebih dahulu. Mengikut perancangan, Microsoft hanya akan mengeluarkan SP1 untuk pengguna pada pertengahan bulan Mac nanti.
Microsoft juga merancang untuk mengeluarkan SP1 dalam 5 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jerman dan Jepun yang anda boleh dapati melalui Windows Update dan Download Center.
Kalau nak melihat-lihat dan mencuba boleh klik sini atau http://msdn2.microsoft.com/en-us/windowsvista/bb898842.aspx