Semalam PM kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan satu lagi produk berinovasi dari Mimos Berhad di Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan (NICE) 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 Nov 2007 iaitu MAKCIK PC. Walaupun mungkin namanya yang agak pelik dan kelakar, MAKCIK PC (mungkin ada makna atau untuk singkatan) tetapi inovasi ini adalah untuk membantu mengurangkan jurang digital di antara rakyat malaysia terutama masyarakat luar bandar.. Komputer ternipis didunia ini akan dijual di antara AS$160 (RM537) dan AS$300 (RM1,008) seunit.

makcikpc2.jpg

Ketika ini, MIMOS juga sedang berusaha untuk menghasilkan komputer Cyber Tablet untuk kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Penggunaannya akan lebih tertumpu ke sekolah bestari untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut.

makcikpc1.jpg

MAKCIK PC direka supaya ia ringan dan mudah dibawa dan sesuai dengan televisyen. Ia juga dilengkapi dengan perkakasan terkini iaitu Wi-Fi, bluetooth dan WiMAX (teknologi terbaru tanpa wayar).

Spesifikasi MAKCIK PC :

- Sambungan tanpa wayar Wi-Fi, Bluetooth dan WiMAX

- Flash memory

- VoIP Phone

- Berat kurang 800 gram

- Tiada papan kunci dan tetikus

- Skrin sesentuh

- Skrin lebar

ps : Apa pendapat anda mengenai MAKCIK PC? Adakah ia dapat mengurangkan jurang digital masyarakat bandar dan luar bandar? Kalaupun murah dari pc biasa, tapi dapatkah ia berfungsi sebagaimana keperluan biasa seperti pc yang kita guna seharian?

pps : Dan yang paling penting dah tentunya tak sesuai untuk kaki gamer dan pengguna yang dah biasa menggunakan komputer untuk pelbagai tugas. Untuk suka-suka bolehlah kot…

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(8) Comments    Read More