Berita baik untuk peminat Google dan yang mahu mencuba aplikasi terbaru.
Google telah melahirkan sebuah sistem operasi (operating system) terbaru yang dinamakan gOS.
gos.jpg
gos1.jpg

Sistem operasi yang baru ini adalah hasil penjanaan platform Linux Ubuntu. Google telah menghasilkan versi mereka yang telah dilengkapi web aplikasi yang tersedia untuk peminat atau pengguna Google untuk lebih memudahkan mereka. Contoh web aplikasi yang menarik ialah Google mail, Google Docs, Meebo, Youtube, facebook dan lain-lain. gOS ini juga telah dilengkapi perisian pejabat, multimedia dan grafik seperti gimp.

gos2.jpggos3.jpg

Dengan rekabentuk yang cantik dan ciri-ciri yang menarik, apa salahnya anda mencuba sistem operasi ini dengan mendapatkannya secara percuma dengan muat turun gOS disini atau ke laman web gOS iaitu www.thinkgos.com

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]

34 Plugin Firefox Yang Berguna Untuk Kehebatan Pelayaran Internet Anda.

Pengguna Musang Berapi (Firefox) yang setia? Pernah gunakan plugin Firefox untuk pelayaran internet lebih menyenangkan? Di sini terdapat koleksi 34 plugin firefox yang terbaik dan popular yang menjadikan pelayaran internet, muat turun dan navigasi Firefox menjadi mudah dan berkuasa.

Kebanyakkan plugin ini seharusnya berfungsi dengan baik dengan pelayar Firefox 2++ .

Cubalah untuk rasai kelainannya dan gunakan mengikut keperluan anda…..

Firefox Tab

  • Tab Mix Plus - Plugin ini menyediakan pelbagai fungsi tab. merge tabs and close
  • Colorful Tabs - Menceriakan tab-tab anda. Plugin ini memberikan warna-warna yang berlainan dan menarik.
  • Permatabs - Menjadikan tab pilihan atau yang laman yang sering anda lawat kepada tab kekal yang tidak boleh ditutup.

Link Laman web

  • Linky - Setiap link yang ada ditemui di lawan web akan membolehkan ia dibuka pada tab atau browser yang berlainan.
  • IE Tab - Membuka link atau laman seperti pelayar Internet Explorer
  • ErrorZilla - Menukar laman error 404 kepada beberapa pilihan

Fungsi Muat turun

  • FlashGot - Fungsi yang membolehkan muat turun anda lebih baik dan diuruskan dengan baik.
  • PDF Download - Setiap kali anda klik fail pdf di internet, plugin ini akan membuka tab yang baru untuk memudahkan bacaan.
  • ScrapBook - Membantu memudahkan menyimpan laman web yang anda mahu dan membantu menguruskannya.
  • Download Manager Tweak - Fungsi yang membolehkan muat turun anda lebih baik dan diuruskan dengan baik.
  • Download Statusbar - Mewujudkan status bar untuk setiap muat turun yang dilaksanakan.
  • FireFTP - Menjadikan firefox anda mempunyai fungsi FTP seperti IE

Kawalan Navigasi

  • Image Zoom - Membolehkan anda melakukan zoom pada imej di laman web.
  • Fasterfox - Tingkatkan kelajuan pelayar firefox anda.
  • SpellBound - Menghidupkan fungsi pemeriksa perkataan atau spell checker sekiranya anda menaip meial dan sebagainya.
  • Copy Plain Text - Menyalin teks di laman web tanpa format seperti mungkin kod-kod html. Ia seperti menyalin teks tanpa format di Notepad. Adblock Plus - is an enhanced version of Adblock. Block ads, applets, flash, embedded-media etc.
  • Flashblock - Menghalang semua jenis kandungan flash di laman web.
  • Pearl Crescent Page Saver - Menukarkan laman web yang anda lawat sebagai imej dari screenshot plugin ini.
  • Reload Every - Anda boleh menetapkan laman web di refresh automatik mengikut kemahuan anda.
  • Clear Cache Button - Membersihkan cache internet anda dengan satu klik.
  • gTranslate - Mengalih bahasa teks di laman web anda dengan perkhidmatan alih bahasa Google.

Keselamatan

  • NoScript - Hanya membenarkan JavaScript, Java pada laman atau alamat laman web yang anda mahu.
  • Stealther - Layari internet tanpa meningalkan jejak.

Kawalan Carian

  • Google Toolbar for Firefox - SpellCheck, AutoFill, Pagerank laman web, gmail, WordTranslator dan lain-lain.
  • CustomizeGoogle - Menambah keputusan carian Google smemasukkan link tambahan seperti Yahoo, Ask Jeeves, MSN dan lain-lain

Muzik

  • FoxyTunes - Mendengar muzik sambil melayari internet.

Kawalan Email

Bookmark

Plugin Menarik

  • Adsense Notifier - Untuk pengguna yang menggunakan adsense di laman web atau blog mesti mendapatkan plugin ini. Ia akan memaparkan pendapatan adsense anda di status bar.
  • Map+ - Memaparkan peta tanpa perlu menutup pelyar anda.

Ini bukanlah senarai lengkap kepada plugin yang ditawarkan kepada Firefox di internet. Ini adalah plugin yang biasa digunakan dan popular. Terdapat pelbagai lagi plugin yang disediakan untuk kemudahan pengguna. Carilah di pakcik google yer…

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(1) Comment    Read More   

Teringin memiliki komputer yang kecil dan nipis seperti atau hampir macam komputer riba? NEC telah melancarkan sebuah komputer hibrid yang menarik. Komputer hibrid tersebut ialah NEC POWERMATE P5000 yang mempunyai rekaan yang unik dan hanya besar sedikit dari komputer riba. Dengan konsep tanpa wayarnya, model ini dikeluarkan dengan ciri tanpa wayar seperti tetikus dan papan kunci yang memberikan kebebasan perkomputeran untuk pengguna.

nec1.jpg
Turut dilengkapi skrin LCD 17 inci yang memberikan kepuasan tontonan kerana kualitinya serta anda boleh ubah kemana-mana sahaja komputer anda dengan beratnya hanya lebih kurang 4 kg. Harga rasmi masih tidak diketahui tapi desas desus mengatakan sekitar RM3XXX - RM4XXX. Jadi, tunggu jelah yer…

nec2.jpg

Spesifikasi :

Pemproses AMD TurionTM 64 X2 processor TL-52 (1.6GHz)
Sistem Operasi Genuine Windows Vista® Home Premium
LCD 17.1 TFT LCD Berwarna
Resolusi LCD 1440 x 900
Cache 2 X 512KB L2 Cache
Chipset ATI RS690MC Chipset
Memori 1GB DDR2 Memori
Tambahan Sehingga 4GB DDR2 Memori
Jumlah slot memori 2 DIMM
Audio Realtek ALC262 audio codec
4-channel (3.1) High Definition Audio
Cakera Keras 200GB SATA 5400RPM
Pemacu DVD Slot-loading DVD_Super Multi DL +/-R (Double Layer)
Grafik Video Integrated ATI Radeon X1200
LAN Tanpa Wayar Integrated 802.11b/g Wireless LAN Adapter
Rangkaian Gigabit LAN (10/100/1000 Mbits/sec)
Support Wake On LAN
Pembaca Digital Media 13-in-1* Digital Media
Panel Depan 2 X USB 2.0 ports, 1 X Mic In/Line In, 1 X Line Out, 1 X IEEE1394a port
Panel Belakang 2 X USB 2.0 ports, 1 X RJ45 port
Papan kunci & Tetikus RF Multimedia Papan kunci tanpa wayar
Berat 4Kg
Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
Posted ( admin ) in Apple, Review, Perkakasan
01-01-2008

Sekarang ni, banyak pemain muzik mempunyai pelbagai fungsi selain dari memainkan muzik sahaja dan Apple juga tidak terlepas dari situasi tersebut dan telah mengeluarkan versi pemain muzik terbaru mereka. Apple telah mengeluarkan model terbaru ipodnya iaitu iPOD Touch. Diasaskan dari teknologi iPHONE, segala fungsinya boleh dilakukan dengan hanya sentuhan di skrin sahaja. Selain fungsinya mendengar muzik dan menonton video, ia boleh melayari web kerana dilengkapi Wi-Fi. Selain itu, ia dilengkapi aplikasi Youtube untuk membolehkan anda menonton video dari Youtube.

ipod-touch.jpg

Selain itu, ia mempunyai fungsi paparan yang secara automatik menetapkan posisi samada menegak atau melintang mengikut posisi pengguna melihat skrin. Walaupun dengan saiz rekaan yang nipis iaitu 110 x 61.8 x 8mm ia masih mampu memain semula lagu sehingga 22 jam audio dan 5 jam video.

Saiz & Berat

  • Tinggi: 110 mm
  • Lebar: 61.8 mm
  • Tebal: 8 mm
  • Berat: 120 gram

Kapasiti

  • 8GB dan 16GB

Paparan

  • 3.5-inci widescreen berbilang sentuh
  • Resolusi piksel 480X320

Audio

  • Format Audio: AAC, Protected AAC, MP3, MP3 VBR, Apple Lossless, AIFF, dan WAV

Video

  • H.264 video, .mp4, and .mov, MPEG-4 video,

Tambahan :

  • Wi-Fi (802.11b/g)

Bateri

  • Bateri lithium ion
  • Masa penggunaan
    • Muzik : Sehingga 22 jam
    • Video: Sehingga 5 jam
Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(0) Comments    Read More   

Harini saya nak berkongsi sedikit mengenai pelayar web atau dalam bahasa inggerisnya web browser. Bagi pengguna Windows sudah tentunya mengenali biasa menggunakan pelayar web Internet Explorer. Namun, semakin lama semakin banyak kemunculan pelayar-pelayar web yang dicipta untuk pengguna. Kebanyakkan laman web

cuba menampilkan keunikan dan kelainan setiap pelayar web yang dihasilkan.

Selain Internet Explorer, pelayar web yang popular kini adalah Firefox. Selain itu, terdapat beberapa lagi pelayar web yang mempunyai keunikannya sendiri dan yang paling penting ia serasi dengan Windows.

Senarai Pelayar Web :

  1. Firefox 2

- Pelayar web ini kini amat popular dan merupakan alternatif terbaik dengan pelayar web sedia ada. Dengan kemaskini (update) yang kerap, ia memberikan nilai dan tahap keselamatan yang tinggi kepada pengguna. Sekaligus mampu mengelakkan ancaman seperti virus, spyware, popup dan malware.

- Selain itu, ia lebih laju dan mempunyai pelbagai fungsi yang boleh ditambah untuk meningkatkan lagi keupayaan pelayar web ini.

- Antara ciri-ciri yang terdapat pada pelayar web ini, mempunyai peluncuran tab, mempunyai fungsi restore, anti-phising dan fungsi RSS.

- Laman web : http://www.mozilla.com/en-US/firefox/

firefox2.jpg

  1. Internet Explorer 7

    - Pelayar web ini merupakan paling banyak digunakan kerana telah tersedia pakej di dalam Windows. Berbanding dengan versi sebelumnya, versi ini telah banyak penambahbaikkan telah dilakukan. Namun, walaupun banyak perubahan yang dilakukan dari segi keselamatan dan fungsi, ia tetap belum dapat memenuhi standard web semasa kerana masih ada memiliki hole atau ruang yang memungkinkan ia mudah di godam.-
    Antara ciri dan fungsi yang ditambah di versi ini ialah peluncuran tab, fungsi RSS dan antaramuka yang lebih menarik.- Laman web : http://www.microsoft.com/windows/downloads/ie/getitnow.mspx

ie7beta3big.jpg


  1. Opera 9.24

- Walaupun pelayar web ini kurang publisiti tetapi ia masih mempunyai peminatnya tersendiri. Namun, ia mempunyai inovasi yang tinggi dengan pelbagai fungsi dan ciri keselamatan.

- Antara ciri pelayar web ini ialah penggunaan memori yang kurang berbanding pelayar web yang lain membolehkan laman web dimuatkan dengan lebih cepat. Selain itu, ia turut dilengkapi peluncuran tab, fungsi RSS dan aplikasi email.

- Laman web : http://www.opera.com

opera-largedesktop.jpg

Terdapat beberapa lagi pelayar web yang boleh anda

cuba dan gunakan mengikut keperluan dan kesesuaian anda.

  1. Safari 3
    - Laman web : http://www.apple.com/safari/

    safari1.jpg

  2. Flock 1.0
    - Laman web : http://www.flock.com

    flock.jpg

  3. Maxthon 2
    - Laman web : http://www.maxthon.com

    maxthon_main.jpg

  4. Netscape Navigator 9
    - Laman web : http://www.mozilla.com

    netscape9.png

  5. K-Meleon
    - Laman web : http://kmeleon.sourceforge.net/

    kmeleon09-04.jpg

Apa pendapat anda? Kalau ada pelayar web lain yang anda gunakan dan ada komen, cuba ceritakan sikit…

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(5) Comments    Read More   
Posted ( admin ) in Laman Web, Review, Umum
19-11-2007

Terdapat pelbagai laman web di internet yang menyediakan pembacaan al-quran di internet. Namun kali ini saya review sedikit laman web yang menyediakan pembacaan al-quran iaitu http://www.quranexplorer.com/
Tanpa perlu memuat turun apa-apa perisian, laman web interaktif ini menyediakan fungsi bacaan secara audio dan tafsiran ayat. Dan lebih istimewa, laman web ini juga menyediakan tafsiran dalam bahasa Malaysia.

quran1.jpg

quran2.jpg

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(1) Comment    Read More   

Jimatkan wang anda dengan OpenOffice.org 2.3

Hari ini nak kongsi cerita sikit mengenai perisian pejabat. Perisian pejabat seperti Microsoft Office adalah perisian penting yang mesti kita pasang dalam komputer kita sebab kalau takde tak bolehlah kita nak buat kerja. Tapi sekiranya kita beli komputer atau laptop baru ada yang tidak disertakan dengan perisian pejabat Microsoft Office pasti menyusahkan. Lagi pula nak dapatkan yang ori tak mampu pulak (pirate pun susah nak cari skrg nih). Di sini ada alternatif untuk kita, malah percuma. Jangan kata yang percuma itu tidak berkualiti!

ooo23_splashscreen.jpg

OpenOffice.Org merupakan salah satu pilihan kepada pelbagai perisian pejabat. Ia adalah gabungan yang berkaitan bagi tujuan pemprosesan perkataan (word processing) , laman lebaran (spreadsheet), paparan (slide) dan pangkalan data. Ia setara dengan perisian pejabat Microsoft Office.

op1.jpg

Mengapa OpenOffice.Org ?

> Ia percuma dan boleh di pasang dengan kebanyakkan jenis Windows iaitu Windows 98,ME, XP & Vista.

> Dengan Perlesenan Sumber Terbuka (Open Source http://www.opensource.org/) yang bebas dan tanpa apa-apa bayaran dikenakan untuk lesen penggunaan. OpenOffice.Org boleh dimuat turun, disalin, dipasang dan disebarkan tanpa sekatan perlesenan yang terhad dan tanpa perlu membuat apa-apa bayaran.

> Ia adalah pelbagai perisian dalam satu. Semua keperluan pejabat sama ada untuk dokumen, menyediakan graf, menyediakan presentation, pangkalan data dan pelbagai tujuan. Sama seperti Microsoft Office.

op2.jpg

> Perkara paling penting, OpenOffice.Org boleh membaca dan menyimpan dalam format Microsoft Office seperti DOC, XLS, PPT dan fail-fail yang dihasilkan oleh Microsoft Office sama ada versi lama atau yang terbaru.

> Dengan OpenOffice.Org dokumen boleh disimpan dalam bentuk PDF. Ini membolehkan dokumen dikongsikan dalam keadaan yang diinginkan antara pengguna komputer.

> OpenOffice.Org boleh menyimpan data dalam bentuk XML, Perisian pertama dalam kelasnya. Ini membolehkan fail-fail OpenOffice.Org dibaca oleh perisian-perisian lain bagi tujuan perkongsian data. Schema dan format data XML yang dijanakan oleh OpenOffice.Org, adalah dokumen terbuka yang boleh didapati di http://www.openoffice.org/ . Perisian-perisian lain dengan mudah dibangunkan untuk membaca fail-fail XML hasil OpenOffice.Org.

> OpenOffice.Org didatangkan dengan sistem bantuan (help) yang boleh membantu pengguna yang baru dalam mempelajari penggunaan OpenOffice.Org. Cara penggunaan OpenOffice.Org tidak banyak bezanya apabila dibandingkan dengan perisian pejabat yang popular. Dengan ini proses peralihan adalah mudah dan tidak mengambil masa.

Mengapa perlu bayar kepada sesuatu yang kita boleh dapatkan secara percuma? Jadilah pengguna bijak…

OpenOffice.Org boleh dimuat turun di http://www.openoffice.org/

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(1) Comment    Read More   

Intel Corporation (Intel) telah mengeluarkan pemproses terbaru iaitu pemproses dwi-teras Intel Itanium siri 9100. Pemproses ini merupakan generasi ke enam cip itanium.

intel_itanium_2.jpg

Tiga pengisian bas (three-load bus), dua pemproses dan satu set cip di dalam bas yang sama akan membesarkan jalur lebar untuk enterpris dan tugasan perkomputeran berprestasi tinggi.

Siri 9100 bercirikan kelajuan jam sehingga 1.66 GHz dan bas bahagian hadapan (FSB) 667 MHz di sekitar tenaga 104W.

Ciri itu bergabung dengan teknologi Socket Level Lock-Step untuk menyediakan kebolehpercayaan yang lebih baik, kebolehdapatan dan kebolehan menyediakan perkhidmatan (RAS) dengan menjamin setiap hasil pengiraan sentiasa konsisten di antara teras dan soket.

Satu lagi ciri siri 9100 ialah Pensuisan Berasaskan Permintaan (DBS) yang mana ia mengurangkan penggunaan tenaga dalam tempoh penggunaan yang sidikit. Faktor itu menyebabkan penjimatan kos tenaga yang banyak.

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(0) Comments    Read More   

Laman Web Penterjemah Rumi Ke Jawi

Tercari – cari perisian jawi? Tidak mahir menulis jawi? Kini ada laman web interaktif yang menawarkan perkhidmatan terjemahan rumi kepada jawi. Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma.

Laman web tersebut ialah http://www.ejawi.net/
jawi.jpg

Anda hanya perlu menaip perkataan atau ayat di kotak yang disediakan. Kemudia hanya klik butang terjemah dan hasil terjemahan akan dapat dilihat di bahagian bawah.
Setelah selesai penterjemahan, anda hanya perlu salin ayat yang diterjemah ke Microsft Word anda atau lain-lain perisian word processing.

Laman web ini juga ada menyediakan kemudahan papan kunci jawi maya (virtual jawi keyboard). Ini akan memberikan kemudahan kepada pengguna sekiranya mahu menggunakannya sebagai alternatif.

jawi2.jpg

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(4) Comments    Read More   

Canggih betul sekarang ni. Kad memori SD tanpa wayar atau lebih dikenali sebagai Eye-Fi Card baru ni telah diumumkan. Ia merupakan Kad memori SD pertama di dunia tanpa wayar untuk kamera digital. Ia nampaknya memberi dimensi baru kepada teknologi kad memori dan perkongsian gambar dari kamera digital ke komputer.
Ia boleh memindah gambar / foto secara automatik dari Eye-Fi Card dalam kamera anda tanpa wayar atau kabel. Ia kerana mempunyai teknologi terbina dalam wi-fi dan boleh disambungkan terus ke rangkaian anda.
Eye-fi juga menyediakan perkhidmatan percuma dan tanpa had ke dalam laman webnya bagi setiap pendaftaran setelah anda mendapatkan produk Eye-fi ini. Dan ia juga menyokong fungsi perkongsian dan mencetak dari laman web.
Perkara yang menjadi keutamaan ialah ia semestinya sesuai dengan pelbagai kamera digital yang menggunakan slot memori kad SD. Walaupun begitu, setakat ini ia hanya menawarkan saiz memori 2GB sahaja. Kemungkinan Eye-Fi Inc akan menambah beberapa jenis lagi saiz memori kad yang lain.


Ciri teknikal

* Keselamatan Wi-Fi : Static WEP 40/104/128, WPA-PSK, WPA2-PSK
* Jarak: 45 - 90+ kaki
* Kapasiti simpanan : 2.0GB
* Dimensi kad: SD standard 32mm x 24mm x 2.1mm
* berat kad t: 0.1oz.
* Berfungsi dengan WIFI 802.11g, 802.11b dan 802.11n.

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(0) Comments    Read More