Pernah tiba-tiba anda menerima mesej yang komputer anda telah diserang virus atau spyware? Padahal anda tidak pernah memasang antivirus yang mungkin anda tidak kenali yang secara tiba-tiba muncul? Saya baru je kena baru-baru ni. Dari mana entah datangnya, keluar popup mengatakan komputer saya diserang virus. Padahal saya tak pernah pun memasang antivirus tersebut yang dikenali sebagai Antivirus 2008. Setelah saya selidiki di internet. Nyata bahawa perisian yang dikatakan antivirus tersebut adalah palsu (fake).
Malware : Antivirus 2008
Antivirus 2008 merupakan kategori malware yang boleh menjahanamkan komputer anda. Terdapat pelbagai variasi malware ini.
Apabila anda terinstall malware ini, ia seperti melakukan imbasan (scan) ke dalam komputer anda dan kemudian akan mengeluarkan keputusan palsu iaitu seolah-olah komputer anda penuh dengan virus, spyware dan lain-lain. Padahal ia merupakan laporan palsu supaya anda membeli perisian malware tersebut. Sekiranya anda tidak membeli perisian tersebut, ia akan terus menganggu kelancaran komputer anda dengan mengeluarkan popup dan ada variasi yang lain akan memapar atau mengubah wallpaper kita.
Variasi Malware : Antivirus 2009
Untuk membuangnya, anda hanya perlu muat turun perisian percuma anti-malware ini. http://www.malwarebytes.org
Berita baik untuk pengguna Windows Vista. Pada pertengahan bulan Mac baru-baru ini, akhirnya, Microsoft telah mengeluarkan Windows Vista SP1 (Servce Pack 1) untuk semua penggunanya.
Bagi peminat dan pengguna Windows Vista akan menerima muat turun SP1 secara automatik ke komputer anda bermula pertengahan april ini. Untuk membolehkan anda menerima muat turun secara automatik, anda perlu pastikan telah menetapkan konfigurasi setting Windows Update anda.
Antara penambahbaikkan yang terdapat di Windows Vista SP1 ialah :
Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, anda masih boleh muat turun SP1 ke komputer anda tanpa perlu menunggu Windows Update.
Anda hanya perlu klik link di bawah untuk muat turun.
Baru-baru ini, Microsoft akhirnya telah mengeluarkan Windows Vista Service Pack 1 (SP1) pada 4 Februari 2008 selepas kira-kira 5 bulan menguji versi beta. Namun, untuk pengetahuan pengguna semua, Microsoft Vista SP1 yang baru dikeluarkan ini hanya untuk pengeluar terlebih dahulu. Mengikut perancangan, Microsoft hanya akan mengeluarkan SP1 untuk pengguna pada pertengahan bulan Mac nanti.
Microsoft juga merancang untuk mengeluarkan SP1 dalam 5 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jerman dan Jepun yang anda boleh dapati melalui Windows Update dan Download Center.
Kalau nak melihat-lihat dan mencuba boleh klik sini atau http://msdn2.microsoft.com/en-us/windowsvista/bb898842.aspx
Jimatkan wang anda dengan OpenOffice.org 2.3
OpenOffice.Org merupakan salah satu pilihan kepada pelbagai perisian pejabat. Ia adalah gabungan yang berkaitan bagi tujuan pemprosesan perkataan (word processing) , laman lebaran (spreadsheet), paparan (slide) dan pangkalan data. Ia setara dengan perisian pejabat Microsoft Office.
Mengapa OpenOffice.Org ?
> Ia percuma dan boleh di pasang dengan kebanyakkan jenis Windows iaitu Windows 98,ME, XP & Vista.
> Dengan Perlesenan Sumber Terbuka (Open Source http://www.opensource.org/) yang bebas dan tanpa apa-apa bayaran dikenakan untuk lesen penggunaan. OpenOffice.Org boleh dimuat turun, disalin, dipasang dan disebarkan tanpa sekatan perlesenan yang terhad dan tanpa perlu membuat apa-apa bayaran.
> Ia adalah pelbagai perisian dalam satu. Semua keperluan pejabat sama ada untuk dokumen, menyediakan graf, menyediakan presentation, pangkalan data dan pelbagai tujuan. Sama seperti Microsoft Office.
> Perkara paling penting, OpenOffice.Org boleh membaca dan menyimpan dalam format Microsoft Office seperti DOC, XLS, PPT dan fail-fail yang dihasilkan oleh Microsoft Office sama ada versi lama atau yang terbaru.
> Dengan OpenOffice.Org dokumen boleh disimpan dalam bentuk PDF. Ini membolehkan dokumen dikongsikan dalam keadaan yang diinginkan antara pengguna komputer.
> OpenOffice.Org boleh menyimpan data dalam bentuk XML, Perisian pertama dalam kelasnya. Ini membolehkan fail-fail OpenOffice.Org dibaca oleh perisian-perisian lain bagi tujuan perkongsian data. Schema dan format data XML yang dijanakan oleh OpenOffice.Org, adalah dokumen terbuka yang boleh didapati di http://www.openoffice.org/ . Perisian-perisian lain dengan mudah dibangunkan untuk membaca fail-fail XML hasil OpenOffice.Org.
> OpenOffice.Org didatangkan dengan sistem bantuan (help) yang boleh membantu pengguna yang baru dalam mempelajari penggunaan OpenOffice.Org. Cara penggunaan OpenOffice.Org tidak banyak bezanya apabila dibandingkan dengan perisian pejabat yang popular. Dengan ini proses peralihan adalah mudah dan tidak mengambil masa.
Mengapa perlu bayar kepada sesuatu yang kita boleh dapatkan secara percuma? Jadilah pengguna bijak…
OpenOffice.Org boleh dimuat turun di http://www.openoffice.org/
Windows Vista sudah pun memasuki pasaran negara ini secara rasmi. Dalam ‘tempoh pengenalan’ ini masih terdengar beberapa komen positif dan sebaliknya daripada pengguna atau penguji terawalnya. Biasalah, Windows XP juga pernah mengalami keadaan sama suatu ketika dahulu.
Perkembangan seperti ini memang dijangkakan lebih awal lagi dan sepatutnya diterima secara lebih positif. Tempoh pengenalan ini juga boleh dianggap sebagai masa penyesuaian. Maksudnya penyesuaian pengguna dengan penampilan sistem operasi (OS) baru ini begitu juga keserasian perisian yang beroperasi di atasnya.

Sekali pandang, pasti ramai pengguna yang tertarik dengan keunikan grafiknya. Begitu menyerlah, bersinar di sana sini dan pastinya berbeza dengan Windows XP. Namun, pengguna tidak harus terpukau dengan apa yang dilihat sahaja. Sebabnya, mereka juga perlu memikirkan beberapa aspek lain yang dianggap penting.