Tips pantas : Chatting online tanpa sekatan!

Kebanyakkan syarikat, kolej, universiti dan pejabat-pejabat kerajaan sekarang telah menetapkan pelbagai polisi untuk penggunaan internet di tempat mereka, termasuklah di pejabat saya ni antaranya menghalang menggunakan Yahoo Messenger dan memasangnya di komputer anda. Mungkin ada yang telah tahu laman web ini dan untuk yang tak tahu, terdapat satu laman web yang membolehkan anda chatting online tanpa perlu memasang perisian dan percuma seperti Yahoo Messenger iaitu http://www.meebo.com.

Terdapat juga beberapa jenis IM (instant messaging) yang turut boleh digunakan hanya di dalam satu laman web ini sahaja seperti aim, msn, yahoo messenger dan google talk.

Caranya amat mudah. Anda hanya perlu pergi ke laman web ini http://www.meebo.com. Sekiranya anda mahu chat menggunakan Yahoo Messenger, anda hanya perlu masukkan login dan password yang sama seperti Yahoo Messenger asal anda. Selepas itu, chattinglah sepuas-puas hati anda!

meebo1.jpg

meebo2.jpg

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(13) Comments    Read More   

Membuka berbilang Yahoo Messenger untuk berbilang ID

Hari ini, saya akan berkongsi sedikit info mengenai Yahoo Mesengger. Secara normalnya, jika kita download aplikasi ym dari web rasmi Yahoo dan hendak menggunakan YM kita hanya boleh membuka satu sahaja aplikasi YM dan menggunakan satu id sahaja di komputer.
Bagi yang mahir sedikit, boleh melakukan edit di registry untuk membolehkan berbilang aplikasi atau id digunakan.
Sekarang terdapat aplikasi yang memudahkan kita untuk membuka aplikasi YM secara berbilang. Aplikasi ini akan membenarkan anda membuka berbilang YM untuk anda gunakan berbilang id.

ym.jpg

Anda boleh muat turun dan klik link bawah ini :

Link Muat turun : www.softpedia.com - Yahoo Multi Messenger

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(2) Comments    Read More