Memuat turun video dari youtube ke komputer
Youtube.com merupakan laman web yang menawarkan penyimpanan video dan memaparkan kepada awam secara percuma. Namun buat masa ini, youtube hanya membenarkan menonton sahaja tetapi tidak membenarkan muatturun dari laman webnya. Terdapat beberapa laman web yang menawarkan khidmat memuat turun video dari youtube secara percuma yang mempunyai pilihan menukar format video popular seperti avi atau mpg. Di bawah ini ada disediakan cara untuk memuat turun dan menyimpan fail video yang anda kehendaki dan selepas ini anda tidak perlu lagi memasuki YouTube setiap kali mahu menonton video kegemaran anda.
Langkah 1
Buka laman web http://youtube.com dan carilah video pilihan anda di laman tersebut.
Langkah 2
Jika telah berjumpa klik link video tersebut anda akan melihat video akan di paparkan seperti gambar di bawah. Untuk dapatkan kod url video tersebut, klik link Share. Kemudian, sila copy URL (seperti yang di tunjuk oleh anak panah di bawah). Untuk tutorial ini saya akan menggunakan video Faizal Tahir dengan url:
http://www.youtube.com/watch?v=9Bqk1Zrg9CA
Langkah 3
Buka browser dan masukkan alamat http://www.mediaconverter.org/ dan pastekan url yang anda copy dari video yang anda mahukan (Lihat gambar di bawah) di ruang yang disediakan dan klik butang Next.