Menghapus jejak internet anda.
Lama tak membuat entri. Saya memohon maaf sebab sibuk sedikit. Saya kini dalam proses akhir mengeluarkan produk sendiri. Jadi memakan sedikit masa.
Sekarang ni, transaksi internet telah menjadi biasa untuk kita. Perkara yang sering kita lakukan dengan transaksi internet ni biasanya pembayaran bil-bil secara online, membeli belah secara online dan juga selalu akses email-email penting bisnes kita.
Tahukah anda bahawa setiap transaksi atau tabiat pelayaran internet anda disimpan di internet yang dinamakan cache? Sekiranya anda menggunakan komputer sendiri pastinya tidak bermasalah. Ia menjadi berbahaya apabila anda sering berkongsi komputer atau sering menggunakan komputer di kafe siber kerana maklumat transaksi dan pelayaran internet anda yang tersimpan di cache boleh diceroboh dan disalah guna oleh mereka yang “nakal”.
Sebenarnya, fungsi cache bukanlah untuk orang lain berbuat nakal. Cache berfungsi untuk menyimpan maklumat mengenai laman web yang dilawat supaya pada lawatan akan datang, sekiranya anda melawat laman web yang sama maka maklumat tersebut akan dipanggil dan akan membuatkan pelayaran laman web anda menjadi pantas.
Fungsi yang berkaitan dengan cache pula ialah cookies. Fungsi cookies pula mengumpul maklumat termasuk katalaluan dan maklumat mengenai sesuatu laman web yang dilawati.
Bagaimana kita mahu memadam cache dan cookies ini?
Untuk pengguna Internet Explorer 7, ikut langkah - langkah di bawa ini :
Langkah 1
Buka Internet Explorer 7 anda.
Kemudian pergi ke menu Tools > Internet Options
Langkah 2
Di tetingkap Internet Options, anda akan berada di tab pertama iaitu General.
Kemudian di tab tersebut, pergi ke seksyen Browsing History. Klik Butang Delete.
Langkah 3
Kemudian muncul tetingkap Delete Browsing History. Terdapat beberapa seksyen di bahagian ini. Adalah dicadangkan anda memadam semua fail cache dengan klik butang Delete All….
Namun anda juga boleh memilih untuk membuang fail mengikut pilihan anda. Biasanya fail yang di buang adalah di seksyen Temporary Internet Fail dan Cookies.
Tetingkap pengesahan dipaparkan. Klik Yes untuk memadam fail.
Setelah selesai, klik Close dan OK.
yo… really like this thread.
any more posts coming ?
searching for same blog engine
now I know it!
signed to your rss
? ??? ??? ?????: ???????????.. ?82?
well.. it’s like I said!