Posted ( admin ) in Windows XP, Umum
19-03-2008

Bosan atau mahu menukarkan antaramuka Windows Xp Bahasa Melayu? Mungkin anda telahpun biasa dengan Sistem Pengoperasian Windows XP dengan versi antaramuka berbahasa Inggeris. Namun mungkin ada yang kurang faham dalam bahasa inggeris tersebut, jadi apa kata anda mencuba Windows XP yang mempunyai antaramuka berbahasa Melayu pula.

winxpmelayu.jpg
Tidak perlu risau kerana anda tidak perlu memformat PC anda kerana ianya merupakan satu set perisian tambahan kepada fail Windows XP yang sedia ada.

Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila kita dapat menggunakan Sistem Pengoperasian dengan antaramuka bahasa selain bahasa Inggeris lagipun ianya mudah dan jika anda berubah fikiran, anda boleh uninstall fail tersebut !

remove.jpg

Jika anda ingin mencuba fungsi ini, anda boleh muat turun dengan klik link sini atau download di bawah ini.

Klik Muat Turun sini.

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(8) Comments    Read More   
Posted ( admin ) in Internet, Umum
18-03-2008

Saya sering menerima soalan mengenai internet. Jadi, harini saya tuliskan sedikit artikel yang saya rujuk dari beberapa buku dan internet untuk pembacaan umum….
Kalau ada salah silap tuh, minta maaf yer…

Apa Itu Internet?

Internet (kependekan daripada perkataan ‘inter-network’) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf ‘I’ besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.
Komputer bukanlah internet, ia hanya sekadar alat yang menyalurkan dan memungkinkan komunikasi terlaksana.

Jalinan internet terlaksana menerusi paduan bersama yang dikenali sebagai protokol. Protokol yang digunakan untuk komunikasi dan penghantaran data ialah Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet atau TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol).

Antara peranan internet ialah;

- Berkomunikasi menerusi mel elektronik
- Memperoleh maklumat terkini menerusi World Wide Web (www)
- Memindahkan fail dari sistem hos menerusi File Transfer Protocol (FTP)
- Mengadakan forum elektronik
- Menggunakan capaian komputer jarak jauh (remote login) menerusi Telnet
- Berkomunikasi menerusi Internet Relay Chat (IRC)
- Berkongsi info seperti blog

Seperti diketahui Internet yang dikenali juga sebagai `Dunia Tanpa Sempadan’ boleh membawa `dunia’ kepada anda dengan hanya berada di hadapan komputer di rumah, pejabat atau sekolah.

 

Sejarah Internet

Sejarah Internet sebenarnya telah bermula sejak 1960an lagi apabila rangkaian komputer telah diwujudkan oleh para penyelidik ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang ingin mewujudkan hubungan jika saluran komunikasi biasa bermasalah.
Read the rest of this entry »

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
(0) Comments    Read More   

Anda mahu melakukan format pada komputer anda tapi tiada CD Driver? Atau bermasalah dengan internet iaitu lambat nak muatturun driver perkakasan anda?
Sediakan payung sebelum hujan!
Apabila masalah seperti ini berlaku pastinya memeningkan kepala juga. Jadi, sebagai alternatif, adalah lebih baik kita melakukan salinan atau backup driver yang terdapat dalam Windows kita.
Terdapat perisian percuma yang dapat membantu kita mengumpulkan kesemua driver yang terdapat dalam Windows kita. Dengan sekali klik, anda dapat menyelesaikan masalah berkaitan driver anda.Terdapat dua perisian yang boleh anda gunakan iaitu :

1. DriverMax - perisian yang begitu memudahkan untuk anda melakukan backup driver anda ataupun restore semula semua driver anda dengan mudah di dalam satu folder. Antaramukanya yang menarik dan fungsinya yang mudah menjadikan ia pilihan utama untuk perisian seperti ini.

Laman web : www.innovative-sol.com/drivermax/index.htm

drivermax_main1.jpg

2. Driver Backup 1.0.0.1 - perisian ini juga boleh membantu mengumpulkan kesemua driver perkakasan komputer anda. Namun, antaramukanya agak ringkas dan fungsinya mungkin kurang menarik seperti DriverMax. Ia sebagai perisian alternatif kepada anda.

Laman web : http://wareseeker.com/freeware/driver-backup-1.0.0.1/247960/CSharp-DriverBackup.exe

driverbackup.jpg

3. Driver Collector 1.2 - perisian ini juga mengumpulkan kesemua driver perkakasan komputer anda. Antaramukanya agak ringkas dan fungsinya mungkin kurang menarik untuk anda.

Laman web : http://www.majorgeeks.com/download.php?det=3982

drivercollect.jpg

p/s : apabila anda dah backup kesemua driver perkakasan anda, jangan lupa backup atau simpan di CD atau ke drive d:/ anda…

Semoga berjaya!

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(0) Comments    Read More   

Pilihanraya umum ke 12 Malaysia telah berakhir. Rakyat di Malaysia nampaknya telah membuat keputusan. Di harap pemerintahan baru ni akan memberi mesej kepada BN.
Saya bersengkang mata sehingga 3 pagi untuk melihat keputusan pilihanraya ni.
Statistik keputusan untuk kerusi Parlimen ini amat menarik untuk direnungi bersama.

undi.jpg

Untuk keputusan penuh anda boleh lawat laman web :

- Harian Metro

- Utusan

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(1) Comment    Read More   

laporan.jpg

Ya, anda download laporan percuma ni dan anda dibayar lagi sebanyak USD1.00!!!

Siapa kata nak cari duit kat internet ni susah?

Percaya atau tidak, cuma download laporan (pdf) ini anda boleh dapat duit?

Harini ada lagi satu laporan percuma untuk anda download dan sebarkan kepada rakan-rakan anda dan anda akan dapat duit… USD 1.00 pula tu untuk setiap download…

Memang mudah. Tak percaya? Klik sini http://xfactoraffiliate.com/go.php/70041

Ini bukanlah pelaburan internet, perniagaan internet, MLM mahupun forex…
Laporan ini berkenaan bagaimana seorang seorang pemuda berusia 26 tahun boleh berjaya memilikki dua buah ferrari, rumah pantai bernilai jutaan dollar kurang dari 12 bulan…. Hanya menggunakan teknik pemasaran affiliatenya yang POWER.

Sebenarnya, anda tak perlu pun membaca laporan tersebut, hanya download sahaja.. anda boleh baca bila-bila masa yang anda mahu…

Tunggu apa lagi… cepatlah download dan suruh kawan-kawan anda download…

Sementara tawaran ini masih ada…

Pembayaran dilakukan memnggunakan akaun Paypal. Pastikan anda telah mempunyai akaun paypal. Sekiranya tiada, jangan lupa mendaftar akaun paypal secara percuma dengan klik sini atau ke www.paypal.com.

Kenapa paypal?

Paypal merupakan institusi kewangan internet yang paling popular digunakan untuk transaksi urusan perniagaan dan pembelian secara maya atau internet. Jadi jika anda mahu membeli sesuatu secara percuma di internet, cuma daftar paypal dan sebarkan laporan ini kepada seberapa ramai kepada rakan-rakan anda!. Anda dapat duit, rakan anda pun menerima faedah yang sama…

http://xfactoraffiliate.com/go.php/70041

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(11) Comments    Read More   

Harini, saya telah update dan menyenaraikan perisian - perisian percuma terbaik untuk anda cuba dan gunakan. Walaupun perisian-perisian ini percuma tetapi amat berguna, berkualiti dan bagus. Semoga kita mendapat manfaat yang baik.
Dari semasa ke semasa, saya akan update senarai perisian-perisian tersebut. Jangan lupa masukkan email untuk langgan informasi-informasi terkini dari saya.
Anda boleh klik terus menu Perisian Percuma di atas atau baca entri di bawah ini…

Antivirus

Avast Home Edition
Website - http://www.avast.com

Avira AntiVir PersonalEdition Classic
Website - http://www.avira.com

AVG Anti-Virus Free Edition
Website - http://www.grisoft.com

PC Tools AntiVirusTM 3.6 for Windows®
Website - http://www.pctools.com

Antispyware

Spybot - Search & Destroy 1.5
Website - http://spybot.safer-networking.de/

Spyware Terminator 2
Website -http://dnl.spywareterminator.com/

Ad-Aware 2007
Website - http://www.lavasoft.de/
Spyware Doctor Starter Edition 5.1
Website - http://www.pctools.com

1-2-3 Spyware Free
Website - http://www.smartpctools.com/

Personal Firewall

ZoneAlarm Firewall (Windows 2000/XP)
Website - http://www.zonealarm.com/

Blink Personal Edition 3.2
Website - http://www.eeye.com/

Comodo Firewall Pro 2.4.18.184
Website - http://www.comodo.com/

Perisian Pejabat

OpenOffice.Org 2.3
Website - www.openoffice.org

Utiliti

Vista Transformation Pack 8.0
Website - windowsxlive.net/?p=1473

PDF

PDF Creator
Website - www.pdfcreator.com

Foxit Reader 2.2
Website - www.Foxitsoftware.com

Adobe Acrobat Reader 8
Website - http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html

Perisian Grafik

GIMP
Website - www.gimp.org/

Perisian Multimedia

Divx
Website - www.divx.com

Realplayer
Website - www.realplayer.com

VLC media player
Website - www.videolan.org

Winamp
Website - http://www.winamp.com/player

Download accelerator

Internet Download Accelerator
Website - http://www.westbyte.com/

Web Editing

NVU
Website - www.nvudev.com

Web browser

Firefox 2
Website - http://www.mozilla.com/en-US/firefox/

Opera
Website - www.opera.com

Flock
Website - www.flock.com

Perisian FTP

SmartFtp
Website -http://www.smartftp.com/download/

FIleZilla
Website -http://filezilla-project.org/download.php?type=client


Image Viewer

Irfanview
Website - http://www.irfanview.com/

FreeVimager
Website - www.ontaware.com

Zip

7zip
Website - http://www.7-zip.org/

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(2) Comments    Read More   
Posted ( admin ) in Umum
18-02-2008

Pertanian adalah perniagaan! Sememangnya slogan tersebut yang diilhamkan oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah menjadi seumpama perangsang kepada kebanyakkan orang yang terlibat di dalam bidang pertanian dan usahawantani. Sehinggakan kini, suatu platform untuk pertanian untuk transaksi jual beli pertanian di dunia internet iaitu Agribazaar. Dari nilai jualan pada tahun 2006 yang berjumlah hanya RM21 juta telah melonjak naik kira-kira RM200 juta untuk tahun 2007. Satu peningkatan yang amat memberangsangkan.

Selain melakukan transaksi di dalam portal tersebut, ada juga yang mengambil inisiatif sendiri untuk menjual dan melariskan hasil pertanian dengan menggunakan internet sebagai medium seperti blog. Ternyata ramai yang telah memperoleh hasil yang bertambah.

Seorang rakan blogger saya yang juga rakan sebenar iaitu mybob telah melancarkan sebuah ebook iaitu “Panduan Menggunakan Internet Sebagai Medium Pengiklanan dan Pemasaran Untuk Usahawantani” khas untuk usahawantani dan yang berkaitan, untuk yang baru berkecimpung di dunia internet.

Ebook yang dihasilkan ini adalah menggunakan bahasa yang mudah difahami. Ia juga mengandungi ilustrasi – ilustrasi untuk memberi panduan yang lebih jelas dan mudah.

Bagi yang tidak tahu bagaimana untuk mulakan dan menggunakan platform blog iaitu Wordpress dan blogger.com, di dalam ebook ini penulis memaparkan langkah demi langkah untuk menghasilkan blog.

Anda juga tidak akan rugi kerana penulis akan memberikan pelbagai tips-tips yang menarik untuk dikongsikan bersama berdasarkan pengalaman penulis sepanjang melibatkan diri dalam blog ini. Antara tips-tips yang akan dikongsikan ialah cara untuk mendapatkan trafik yang tinggi, tips membina bussiness networking serta tips penggunaan unsur multimedia dalam internet.

Pastinya, bagi memaksimumkan pendapatan anda, penulis juga berkongsi panduan dan tips berkaitan dengan portal agribazaar.
Untuk mendapatkan ebook ini, anda boleh ke laman web http://jutawantani.com/myblog/

iklanebook3.gif

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(1) Comment    Read More   
Posted ( admin ) in Laman Web, Umum
18-02-2008

Harini nak bercerita sikit mengenai pilihanraya. Bukanlah nak bercerita mengenai pilihanraya di Malaysia ni tapi nun jauh di asia tengah iaitu di Pakistan. Tertarik dengan apa yang berlaku sekarang ini iaitu pilihanraya 2008 Pakistan, ramai yang mengatakan keputusan pilihanraya 2008 Pakistan telah dirancang oleh Presiden Pakistan, Pervez Musharraf, yang juga telah menggulingkan kerajaan Pakistan sebelumnya. Beliau yang melantik dirinya sebagai presiden telah mula berkuasa iaitu dari 20 June 2001 telah meletak jawatan dari tentera semata-mata untuk mengekalkan kuasanya untuk jawatan presiden.

Melihat sumber berita di internet, pilihanraya yang pada mulanya dijangka huru-hara telah berlangsung dalam keadaan aman. Namun, kita tunggu sahaja apa yang berlaku nanti. Siapa yang menang dan siapa yang tewas…

Cuma harapan kita, tidak berlaku lagi keganasan di satu-satunya negara nuklear Islam tersebut.
Untuk melihat keputusan pilihanraya Pakistan, anda boleh lawat laman web Suruhanjaya Pilihanraya Pakistan di http://www.ecp.gov.pk/

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(0) Comments    Read More   
Posted ( admin ) in Microsoft, Umum
18-02-2008

Baru-baru ni Microsoft telah membuat tawaran untuk membeli syarikat internet terkenal, Yahoo! dengan tawaran $44.6 billion (RM144 bilion) iaitu dengan nilai kira-kira $31 untuk sesaham, Ia untuk bersaing dengan syarikat terkenal iaitu Google.

Namun, seperti telah dijangka ahli lembaga pengarah Yahoo! tidak begitu suka dengan Microsoft dan telah menolak tawaran tersebut dengan alasan bahawa dengan nilai $31 (RM100) sesaham adalah di bawah nilai sebenar dari tawaran tersebut. Nilai anggaran sepatutnya adalah lebih dari $40 (RM130) sesaham.

Tak sangka pula Yahoo! ni mata duitan dan materealistik juga yer. Tetapi ura-ura mengatakan Microsoft akan membuat tawaran baru kepada firma tersebut.

Pastinya kalau betul Yahoo! tidak mahu menjualkan firma mereka, mesti mereka pening kepala untuk menolak tawaran dari Microsoft tersebut.
Bagi Microsoft pula, mana yang boleh buat untung diaorang sapu jer… ;)

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(0) Comments    Read More   

Baru-baru ini, Microsoft akhirnya telah mengeluarkan Windows Vista Service Pack 1 (SP1) pada 4 Februari 2008 selepas kira-kira 5 bulan menguji versi beta. Namun, untuk pengetahuan pengguna semua, Microsoft Vista SP1 yang baru dikeluarkan ini hanya untuk pengeluar terlebih dahulu. Mengikut perancangan, Microsoft hanya akan mengeluarkan SP1 untuk pengguna pada pertengahan bulan Mac nanti.

Microsoft juga merancang untuk mengeluarkan SP1 dalam 5 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jerman dan Jepun yang anda boleh dapati melalui Windows Update dan Download Center.

Kalau nak melihat-lihat dan mencuba boleh klik sini atau http://msdn2.microsoft.com/en-us/windowsvista/bb898842.aspx

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
(0) Comments    Read More