Anda mahu melakukan format pada komputer anda tapi tiada CD Driver? Atau bermasalah dengan internet iaitu lambat nak muatturun driver perkakasan anda?
Sediakan payung sebelum hujan!
Apabila masalah seperti ini berlaku pastinya memeningkan kepala juga. Jadi, sebagai alternatif, adalah lebih baik kita melakukan salinan atau backup driver yang terdapat dalam Windows kita.
Terdapat perisian percuma yang dapat membantu kita mengumpulkan kesemua driver yang terdapat dalam Windows kita. Dengan sekali klik, anda dapat menyelesaikan masalah berkaitan driver anda.Terdapat dua perisian yang boleh anda gunakan iaitu :

1. DriverMax - perisian yang begitu memudahkan untuk anda melakukan backup driver anda ataupun restore semula semua driver anda dengan mudah di dalam satu folder. Antaramukanya yang menarik dan fungsinya yang mudah menjadikan ia pilihan utama untuk perisian seperti ini.

Laman web : www.innovative-sol.com/drivermax/index.htm

drivermax_main1.jpg

2. Driver Backup 1.0.0.1 - perisian ini juga boleh membantu mengumpulkan kesemua driver perkakasan komputer anda. Namun, antaramukanya agak ringkas dan fungsinya mungkin kurang menarik seperti DriverMax. Ia sebagai perisian alternatif kepada anda.

Laman web : http://wareseeker.com/freeware/driver-backup-1.0.0.1/247960/CSharp-DriverBackup.exe

driverbackup.jpg

3. Driver Collector 1.2 - perisian ini juga mengumpulkan kesemua driver perkakasan komputer anda. Antaramukanya agak ringkas dan fungsinya mungkin kurang menarik untuk anda.

Laman web : http://www.majorgeeks.com/download.php?det=3982

drivercollect.jpg

p/s : apabila anda dah backup kesemua driver perkakasan anda, jangan lupa backup atau simpan di CD atau ke drive d:/ anda…

Semoga berjaya!

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
    Read More   
Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: