Posted ( admin ) in Apple, Review, Perkakasan
01-01-2008

Sekarang ni, banyak pemain muzik mempunyai pelbagai fungsi selain dari memainkan muzik sahaja dan Apple juga tidak terlepas dari situasi tersebut dan telah mengeluarkan versi pemain muzik terbaru mereka. Apple telah mengeluarkan model terbaru ipodnya iaitu iPOD Touch. Diasaskan dari teknologi iPHONE, segala fungsinya boleh dilakukan dengan hanya sentuhan di skrin sahaja. Selain fungsinya mendengar muzik dan menonton video, ia boleh melayari web kerana dilengkapi Wi-Fi. Selain itu, ia dilengkapi aplikasi Youtube untuk membolehkan anda menonton video dari Youtube.

ipod-touch.jpg

Selain itu, ia mempunyai fungsi paparan yang secara automatik menetapkan posisi samada menegak atau melintang mengikut posisi pengguna melihat skrin. Walaupun dengan saiz rekaan yang nipis iaitu 110 x 61.8 x 8mm ia masih mampu memain semula lagu sehingga 22 jam audio dan 5 jam video.

Saiz & Berat

  • Tinggi: 110 mm
  • Lebar: 61.8 mm
  • Tebal: 8 mm
  • Berat: 120 gram

Kapasiti

  • 8GB dan 16GB

Paparan

  • 3.5-inci widescreen berbilang sentuh
  • Resolusi piksel 480X320

Audio

  • Format Audio: AAC, Protected AAC, MP3, MP3 VBR, Apple Lossless, AIFF, dan WAV

Video

  • H.264 video, .mp4, and .mov, MPEG-4 video,

Tambahan :

  • Wi-Fi (802.11b/g)

Bateri

  • Bateri lithium ion
  • Masa penggunaan
    • Muzik : Sehingga 22 jam
    • Video: Sehingga 5 jam
Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
    Read More   

Comments

FapEmasopekap on 24 April, 2010 at 12:09 pm #

sargonsami on 15 July, 2010 at 11:39 am #

Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: