Pernah mendengar netbook? Pernah mendengar Intel Atom?
Untuk pengetahuan anda semua, netbook adalah revolusi terkini dari notebook. Revolusi yang berlaku amat ketara iaitu dari segi saiz, teknologi dan harganya. Revolusi tersebut disumbangkan dari teknologi cip pemproses Intel yang terkini iaitu Intel Atom. Dengan teras tunggal 64 bit, cip ini lebih kecil untuk mengoptimum penjimatan tenaga dan menyokong teknologi terbaru Intel bagi kegunaan peranti bersaiz kecil.Ia direka untuk kegunaan pengguna dan bersesuaian dengan objektif Intel untuk menawarkan peralatan yang lebih mudah digunakan, mampu dimiliki dan sedia digunakan untuk Internet.
Dengan saiz netbook yang kecil, ringan dan mesra pengguna memberi kemudahan sambungan tanpa wayar di mana sahaja yang anda mahu pergi seperti di meleyari internet di café-café atau hotspot tersedia.

Mari kita lihat ciri-ciri netbook :

Saiz dan berat :
Tidak dinafikan, antara sebab yang menjadi tarikan utama netbook ialah rekabentuknya. Dengan rekabentuknya yang kecil dan nipis serta berat sekitar satu kilogram. Pasti anda seolah-olah tidak merasai anda membawanya didalam beg.

Harga :
Harga adalah perkara utama yang menjadi tarikan pengguna. Dan pastinya harga netbook ni akan menimbulkan perasaan untuk menginginkan sebuah netbook ini.
Harga untuk netbook ini hanya sekitar RM1000 - RM2500. Ya, amat murah dan harganya seperti sebuah computer di rumah anda. Mungkin selepas ini ada yang bercadang mengambil netbook untuk menggantikan pc di rumah….

Pemproses :
Sekarang ini, kebanyakkan pengilang menggunakan pemproses Intel Atom N270 1.6 GHZ. Penggunaan kuasa pemproses sebanyak 2.5 watt adalah amat menjimatkan dan memanjangkan jangka hayat bateri dan tahan lama. Berbanding dengan pemproses biasa yang menggunakan tenaga sehingga 31 watt.

Memori :
Kebanyakkan netbook didatangkan dengan memori 512MB. Tetapi untuk lebih ideal, anda boleh dapatkan sekurang-kurangnya memori 1GB.

Storan / Hard disk :
Netbook didatangkan dengan SSD (solid state drive). Solid State Drive (SSD) alah penyimpanan data berasaskan flash seperti pen drive. SSD adalah lebih pantas, jimat tenaga dan lebih efisyen dan ringan. Ia didatangkan dengan netbook dengan saiz 4/8 GB. Ini menyebabkan netbook menjadi lebih ringan. Tetapi sekiranya anda memerlukan ruang storan penyimpanan yang besar, netbook juga ada didatangkan dalam bentuk harddisk biasa.

Skrin monitor :
Ia dari saiz 7″ hingga 10 “. Jadi pilihlah!

Sistem Operasi (OS) :
Netbook biasanya didatangkan dalam dua jenis system operasi iaitu linux dan Windows XP. Apabila anda mendapatkan linux, harganya akan menjadi lebih iaitu kira-kira RM300++ berbanding yang menggunakan Windows XP yang terpaksa dibayar lesen. Anda tak perlu bimbang untuk menggunakan linux sebab sekarang ni linux sudah menjadi amat mesra pengguna dan menggunakan pelbagai perisian seperti yang menggunakan Windows XP.

Perkakasan lain :
Netbook juga dilengkapi 802.11b/g WLAN, papan kekunci mini, LAN RJ-45 port. Tetapi perlu diingatkan bahawa, tidak disertakan CD-ROM/DVD-ROM.

Diantara netbook dan notebook mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Namun, yang pasti ia tidak menggantikan keperluan pada notebook kerana netbook hanya sesuai untuk tugas-tugas asas seperti melayari internet, membuat kerja dokumen seperti MS Word atau Excel atau mungkin mendengar lagu dan video. Bagi pengguna yang menggunakan untuk tugas-tugas lebih berat seperti grafik, multimedia, programming dan lain-lain adalah tidak digalakkan untuk menggunakan netbook.

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
    Read More   

Comments

nurul nadzirah bt abdul shukor on 25 September, 2008 at 12:20 am #

boleh x kalo kita nk trend-in laptop untuk bli netbook nie…


cg on 16 October, 2008 at 2:05 am #

tak boleh ke kalau netbook ni dibuat seperti notebook juga?? komplet set termasuk grafik card untuk permainan komputer yang lebih berat seperti Crysis, Far Cry, killing zone,dan lain-lain serta prosesor melebihi 3.0 gb, storan yang tinggi dan resolusi yang semuanya tinggi??? secara ringkasnya, boleh mengambilalih peranan komputer jenis desktop.. sekadar pandangan je.


pcformula on 22 October, 2008 at 12:30 am #

saya dah beli netbook ni jenama asus eepc.tapi masalah saya cm mana nak guna maxis 3g broadband.awk tahu ke cm mana nak install driver dia.


sufian on 27 November, 2008 at 2:52 am #

keciknyerr.. jari aku beso ler


abdfatah on 14 December, 2008 at 11:32 pm #

jangan lupa jugak order tudung periuk untuk laptop anda… tudung periuk segi empat okey apa…


KampungBoy on 17 December, 2008 at 1:36 am #

Mmg comel. Nie yang rasanya nak order satu nie…


kaizer on 9 April, 2009 at 8:39 am #

Aku nak beli netbook untuk install mac os x.ada cadangan apa-apa tak?


ishaq on 18 May, 2009 at 2:01 am #

aku baru ni beli sebijik. tapi kalau anda gamer cam aku ni. takyah beli laa…


indai on 1 July, 2009 at 4:27 pm #

ok juak


reehan80 on 10 July, 2009 at 8:21 am #

sbgai info aje..dulu ade brand yang dh kuar kan notebook 10 inch cuma tebal skit aje(x ketara sgt)iaitu Twinhead (centrino 1ghz)..Sampai sekarang aku masih pakai lagi (2thn lebih)..klu nak ikutkan ia jauh 2 kali ganda lebih baik dari yang sekarang ni..melambak jual..mcm2 brand aje..kebanyakkan nya jual design dr product masing2..harga lebih kurang aje..tp dia nye lembab masyallah..nak bukak engine search pn bertahun..slow giler..di sbb kan terpengaruh..wif aku ade beli satu lenovo S10-2 tp hampehh giler..aku nye twin head d10 semua lengkap ade dvd rom lagi..aku pun x pasti kenapa product tu dia stopkan..aku percaya kalau twin head still kuar kan d10..lain2 nyer brand tutup kedai..hu hu hu…


sham on 10 August, 2009 at 3:07 am #

Aku dah beli netbook.Tapi fikir-fikir harga dia pun taklah murah sangat.notebook la pun ada yang murah.Fikir-fikir rugi pulak.kalau campur external drive rm240 dengan rm1499 dan boleh beli notebook.Aku nasihat kau orang janganla beli netbook.beli notebook lagi baik.Aku pun kalau netbook ni rosak dan kos repair mahal cadang nak beli notebook lagi besar dan canggih.beli yang skrin 14 inci atau 15 inci punya.


rose on 19 November, 2009 at 3:33 pm #

I baru beli netbook ni tp tak dapatla nak install install my celcom broadband.Ada sesiapa boleh tolong?PLEASEEE


aBe on 15 December, 2009 at 3:43 pm #

panduan pengurusan komputer, dapatkan panduan anda disini secara percuma
http://y.ahoo.it/vypLdq


safadz on 31 December, 2009 at 2:19 am #

nk instal celcom brodband…?save kat pendrive folder celcom brodband tu,pastu instal la kat netbook tu…


Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: