Windows Vista sudah pun memasuki pasaran negara ini secara rasmi. Dalam ‘tempoh pengenalan’ ini masih terdengar beberapa komen positif dan sebaliknya daripada pengguna atau penguji terawalnya. Biasalah, Windows XP juga pernah mengalami keadaan sama suatu ketika dahulu.
Perkembangan seperti ini memang dijangkakan lebih awal lagi dan sepatutnya diterima secara lebih positif. Tempoh pengenalan ini juga boleh dianggap sebagai masa penyesuaian. Maksudnya penyesuaian pengguna dengan penampilan sistem operasi (OS) baru ini begitu juga keserasian perisian yang beroperasi di atasnya.

Sekali pandang, pasti ramai pengguna yang tertarik dengan keunikan grafiknya. Begitu menyerlah, bersinar di sana sini dan pastinya berbeza dengan Windows XP. Namun, pengguna tidak harus terpukau dengan apa yang dilihat sahaja. Sebabnya, mereka juga perlu memikirkan beberapa aspek lain yang dianggap penting.
Menurut seorang pengguna amatur yang mencubanya baru-baru ini, dia ‘terasa sedikit pening’. Katanya OS baru ini menampilkan perbezaan - dari segi susun atur butang atau menu fungsinya. Tidak seperti XP yang sudah dikuasainya selama beberapa tahun. Begitu pun penguasaannya terhadap XP juga belum 100 peratus.

Bagi pengguna profesional lain pula pandangannya. Ada yang melihat dari sudut lain khususnya aspek atau faktor keserasian perisian penting yang bakal beroperasi di atas Vista. Biasanya, pembuat perisian seboleh-bolehnya cuba menjadikan perisiannya ‘cukup serasi’. Tetapi, tahap keserasian ini boleh dipertikaikan.
Ini satu situasi biasa. Produk baru (lebih-lebih lagi yang sama-sama baru) pastinya memerlukan masa untuk diserasikan dengan baik. Dengan kata lain perisian yang didakwa sebagai serasi Vista patut boleh berfungsi atau beroperasi tanpa gangguan. Paling tidak gangguan dan ralat yang muncul pada tahap paling minimum.
Jika situasi sebaliknya pengguna perlu bersedia dengan tindakan selanjutnya. Bersedia untuk menangani apa juga gangguan atau ralat yang bakal dihadapi. Jika bukan dalam bentuk ralat, gangguan mungkin berbentuk prestasi sistem yang tidak seperti diharapkan - contohnya apabila beberapa perisian penting telah dipasang.
Bagi yang tidak sabar, mungkin merasa sedikit terganggu. Lalu mungkin ada yang menangguhkan langkah peralihan dari XP ke Vista. Bagi yang sudah memasang atau membeli Vista, tidak mustahil akan kembali semula mengguna XP. Ini bukan tindakan tidak bijak kerana mereka mungkin ada alasan yang tersendiri.
Contohnya sebuah perniagaan yang menjalankan pelbagai misi penting pastinya tidak mahu operasi mereka terganggu. Sedangkan mereka mengharapkan operasi yang berjalan lancar. Bagi pengguna biasa contohnya di rumah tentu tidak menjadi masalah. Malah, ada yang sentiasa teruja untuk menjadi peneroka terawal..:)
Walauapapun, setiap teknologi yang lama akan sentiasa diganti dengan teknologi baru dan pastinya yang baru itu biasanya lebih baik. Bezanya adalah penerimaan dan penggunaan para pengguna yang akan menentukannya.
Jom guna ubuntu! Aku dah lama xmasuk vista aku…sbb lembab..haha..
Nak buat macamana… sbb vista guna source byk sgt tu pasal lembab. Ada guna ubuntu tapi guna setakat biasa-biasa jer…
Walauapapun, gunakanlah yang mana berkenan di hati.
buat masa ni baik guna xp je..sbb lebih mudah,vista ok tp ambil masa skit dri segi kesesuaian..dia nyer interface pun dah cukup asing bagi new user.
tu pun satu hal juga sbb byk software tak stable install di vista tapi kebanyakkannya boleh digunakan. Kalau yang jenis update teknologi mestilah nak sgt guna tapi saya pun dah selesa dgn xp.
so far so good lah…
ni dah masuk bulan ke-3 aku guna vista ultimate kat laptop aku. Mulanya memang agak kekok sikit tapi skang dah ok sikit. Kalau dulu mmg yer banyak software yg tak support tapi kini kebanyakkannya sudah mula serasi, cuma yg tak tahan vista nih kuat “makan” bateri. Pc umah aku masih pakai XP.
hm.. aku rasa vista dah ok skrg nie
grafik cun, internet pun laju..
tp kene korban skit arr
hardware kene cun gak..
baru lincah pc.. hehe
haha..ermmm..ak pon gna vista.stkt nie ok lah..lgpon de x wt hal sgt..keje pon beres jer..memg ok..hehe…
(^_^)v
nak tahu ni…perkembangan vista skg ni..mcm yer?…sbb sya mesih guna windows xp lagi…
I am really intrigued by what you have discussed! Can you provide me with any more information on it? Like more posts haha! Thanks!