1. Simpan password / nombor PIN anda dengan selamat dan ingat. Pastikan anda menukar password / nombor PIN anda selalu (dicadangkan setiap 3 -4 bulan). Sekiranya anda banyak melakukan transaksi internet dan mengakses banyak laman web, gunakan password yang berlainan untuk setiap laman web. Cipta password yang unik dan sukar untuk diteka seperti kombinasi huruf dan nombor.

2. Bagaimana anda tahu laman web tersebut selamat?
- Lihat pada URL yang bermula dengan https:// dan bukan http://. Apabila link tersebut bermula https:// bermaksud transaksi di laman web tersebut menggunakan rangkaian selamat.

b12.jpg

- Lihat di status bar dengan terdapat ikon keselamatan berbentuk mangga yang kebiasaannya tedapat di laman-laman web bank. Dwi-klik ikon keselamatan tersebut dan pastikan ia mempunyai sijil digital yang sah.

b21.jpg

3. Keluar dengan segera setelah selesai melakukan transaksi internet. Kemudian bersih dan padam cache di browser anda, cookies dan history. Juga pastikan anda keluar dengan betul dan tidak hanya menutup browser anda tanpa keluar dari transaksi internet anda.

b32.jpg b41.jpg

4. Sekiranya anda tidak pasti atau ragu-ragu dengan keselamatan komputer anda, jangan gunakannya untuk transaksi internet.

5. Gunakan antivirus, anti-spyware dan personal firewall dan pastikan ia selalu dikemaskini.

6. Pastikan komputer anda dan browser anda versi yang terkini atau dikemaskini dengan patches/fixes yang terkini.

b52.jpg b61.jpg

7. Jangan respon atau menjawab email yang meminta maklumat peribadi anda, maklumat login atau peringatan menukar password kerana pihak bank atau syarikat kewangan tidak perbah dan tidak akan meminta meklumat pelanggan melalui email. Jika berlaku, laporkan ke Cybersecurity.

8. Pastikan anda selalu memeriksa baki akaun anda untuk memastikan tiada transaksi keluar yang tidak dikenal pasti.

9. Pastikan anda selalu memeriksa tarikh dan masa sama dengan transaksi terakhir anda.

10. Jika ada cubaan berlaku penipuan, bertindak pantas dengan memberitahu pihak bank atau hubungi CyberSecurity Malaysia (http://www.cybersecurity.org.my atgau http://www.mycert.org.my).

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
    Read More   

Comments

u7vey on 23 June, 2010 at 11:15 am #

Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: