Memendekkan Masa Boot Windows
Salam… setelah sekian lama bercuti bersalin (yg bersalin isteri saya yer… saya pun cuti sekali balik kampung) akhirnya membuat comeback… ;)
Ada sedikit tips ringkas dan mudah untuk anda… tapi jangan lupa tanggung sendiri yer….
Kita teruskan agenda kita… Windows XP mempunyai masa boot yang agak lama sebelum ia keluar sepenuhnya. Untuk memendekkan masa boot, apa yang boleh anda lakukan ialah melakukan edit pada masa boot Windows.
Bagaimana hendak melakukannya? Ikuti langkah-langkah berikut…
Langkah 1
Pergi ke menu Start > Run dan taip “msconfig”.
Langkah 2
Kemudian muncul tetingkap System Configuration Utility. Pilih menu tab BOOT.INI. Disini masa yang telah ditetapkan di kekotak Timeout ialah 30 saat.
Anda boleh mengurangkan kepada masa yang anda mahu. Pilihan masa yang dibenarkan ialah dari 3 hingga 999 saat. Disini saya letakkan 3 saat.
Setelah selesai klik Apply dan kemudian klik OK.
Restart komputer anda untuk melihat hasilnya.
p/s ; Hasilnya bergantung kepada tahap penggunaan komputer anda iaitu jenis perisian dan konfigurasi sistem anda. Tapi sekurang-kurangnya anda mencuba!
Semoga berjaya!
Wow. Satu ilmu baru saya dapat hari ini. Biasanya saya hanya mengurangkan jumlah program yang start pada startup sahaja. Nanti saya akan cuba yang ini pula. :D
kalau nak smart lagi, masuk c:/ boot.inf [hidden & read only] ubah jadi 0 terus..
Saya baru nakn belajar2 guna komputer..bila saya tejumpa blog ni dapat satu lagi ilmu baru dalam mendalami ilmu komputer ni..boleh tak saudara tunjukkan cara macamnana nak letakkan ikon kat menu start tu (harap saudara faham akan soalan saya ni)