Tips mengelak spam
Masalah email spam atau email yang kita tidak kehendaki sering menyusahkan kita. Kebanyakkan email tersebut mengandungi pengiklanan dan ada antaranya penipuan seperti loteri serta ada juga tujuan menghantar virus. Jika satu atau dua email yang diterima mungkin tidak menjadi masalah tetapi bagaimana jika berpuluh-puluh email setiap hari?
Cara mudah kita untuk membersihkannya adalah dengan memadam kesemua email tersebut. Namun kita mungkin akan menghadapi masalah seperti mungkin terpadam email-email yang penting dan mungkin terpadam langganan newsletter atau majalah elektronik yang kita langgan secara email.
Namun, agak mustahil untuk menghentikan email spam yang dianggap sampah ini tapi anda boleh mengurangkannya dari membanjiri peti email anda seperti tips di bawah :
- Jangan klik pautan di dalam email spam
Apabila anda klik pautan yang terdapat di dalam email spam anda, ia secara automatik mengesahkan email anda sememangnya wujud. Ada email spam menghantar email seolah-olah kita pernah mendaftar untuk sesuatu perkara dengan meletakkan pautan Unsubscribe.
- Tidak membalas email yang tidak dikenali
Jangan membalas email yang anda tidak kenali.
Apabila menerima email, anda perlu pastikan anda terima dari seseorang atau email yang anda kenali atau kehendaki. Dengan membalas email spam akan menyebabkan email anda disahkan wujud dan disimpan sebagai rujukan spammer.
- Tidak membuka attachment di dalam email
Jangan membuka email yang tidak dikenali yang mengandungi attachment (kepilan) . Kebanyakkan email spam meletakkan tajuk-tajuk yang menarik tetapi sebenarnya mengandungi virus, trojan, spyware dan adware yang boleh merosakkan komputer anda dan membuktikan email anda sememangnya digunakan.
- Jangan menggunakan email rasmi atau email utama anda
Sekiranya anda perlu mendaftar kepada sesuatu perkhidmatan, elakkan menggunakan email pejabat atau email peribadi utama anda bagi mengelakkan spam. Gunakan email lain sebagai email kedua dengan mendaftar email lain yang banyak terdapat secara percuma.
- Jangan mendaftar di laman web yang memaparkan email anda.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai forum atau sesebuah laman web, pastikan anda tidak meletakkan email utama anda. Anda juga boleh meletakkan email anda secara kod yang tidak dikenali sebagai email seperti meletakkan tanda [@] atau lain-lain. Mungkin anda boleh memeriksa sekiranya laman tersebut mempunyai setting untuk tidak mememaparkan email anda.
I am really intrigued by what you have discussed! Can you provide me with any more information on it? Like more posts haha! Thanks!
Your website is very great. I enjoyed your website a lot. Thank you.
bijakkomputer.com is great! Payday loans are short term loans that are taken by employees to get cash and use them to handle emergencies When you opt for a payday loans no credit check the online company is not worried about your financial background or the past credit history