Tips mengoptimumkan prestasi komputer - Windows XP Bahagian 2
Setiap kali selepas sesuatu perisian di pasang di dalam komputer, biasanya akan dilancarkan secara automatik setelah komputer dihidupkan. Walaupun kita memasang perisian yang berguna untuk komputer kita tetapi adakalnya ia akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan lebih-lebih lagi perisian yang dipasang belum mahu digunakan atau tidak selalu digunakan.
Kita masih boleh mengawal aturan atau setting samada untuk melancarkan perisian tersebut secara automatik sewaktu komputer dihidupkan atau tidak. Untuk mengakses kemudahan pengawalan perisian yang muncul didalam System Tray, ikuti langkah berikut:
Langkah 1
Pilih Menu Start > Run > Taip: msconfig

Langkah 2
Pilih Tab > Startup

Langkah 3
Klik dikotak perisian yang kita tidak ingin mulakan secara automatik apabila komputer dihidupkan. Klik OK setelah selesai.

Langkah 4
Untuk melihat pilihan telah diaktifkan, komputer anda perlu dimulakan sekali lagi. Tekan restart.
Langkah 5
Mesej peringatan akan dipaparkan dan anda boleh klik kotak untuk tidak mahu paparan tersebut setiap kali anda memulakan komputer anda.

Hasilnya, komputer anda dapat dimulakan dengan lebih pantas berbanding sebelum ini kerana perisian - perisian tidak dimulakan secara automatik dan penggunaan memori telah dikurangkan membolehkan komputer beroperasi dengan pantas dan efisien.