Tips mengoptimumkan prestasi Komputer - Windows XP bahagian 1
Komputer yang senantiasa lancar dan tiada masalah semasa digunakan menjadi harapan atau impian setiap pengguna komputer supaya setiap perkara atau tugas yang dilaksanakan dapat disiapkan dengan segera tanpa masalah atau tidak meragam semasa digunakan.
Untuk meningkatkan kepantasan komputer sememangnya kita memerlukan perkakasan-perkakasan yang mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi tetapi tidak semua mempunyai bajet. Beberapa tips mudah dapat dilakukan untuk meningkatkan prestasi komputer iaitu :
1. Melakukan defrag komputer anda secara berkala

2. Tidak memasang perisian yang tidak diperlukan untuk mengelakkan sumber banyak digunakan oleh perisian yang tidak perlu.
3. Untuk Visual Effect sebaiknya pilih best for performance, setting ini terdapat di menu Start > Control panel > Systems > Advance> Performance > Adjust for best performance

4. Pastikan anda mempunyai antivirus dan antispyware untuk melindungi komputer anda dari pencerobohan virus, trojan dan spyware yang boleh menganggu sistem komputer.
5. Firewall
Walaupun WIndows XP mempunyai personal firewall tetapi untuk keselamatan komputer yang lebih baik dan lebih terjamin anda boleh lakukan pemasangan personal firewall tambahan seperti Zone Alarm kerana perisian seperti ini selalu mendapat kemaskini dan versi terkini.
6.Perisian utiliti tambahan
Perisian tambahan yang berguna untuk meningkatkan prestasi komputer banyak terdapat di internet samada secara percuma dan berbayar seperti Registry Mechanic, System Mechanic dan lain-lain. Anda boleh mengkonfigurasikan sistem komputer anda mengikut keperluan dan kesesuaian komputer anda.
? ??? ??? ?????: ?????????.. ?82?
uh… strange thread ))