Hoho… Lama tak update blog. Namun, blog aku telah di spotcheck oleh pengetag aku iaitu en. Dekan. Bukan apa, bz sikit menyiapkan beberapa projek. Kepada en. Dekan aku meminta maaf sbb skrg nih baru sempat memenuhi impian tag mu ini.Oklah, ini serba sedikit mengenai diri ku ini….
1. Ayat-ayat Cinta
Aku adalah seorang yang tak suka bercerita mengenai diri sangat sebab tak tahu hendak menyusun ayat kerana aku hanyalah budak kelas sains dulu. Jadi aku dalam perancangan hendak membina blog yang lebih santai untuk aku berblog. Tetapi bolehkah aku lakukannya? Ada yang setuju atau tak?
Namun, untuk pengetahuan, aku telah berblog agak lama iaitu dari 2006 tapi asyik bertukar niche dan fokus jer. Sekarang nih jer baru nak fokus.. hehehe….
Sedangkan Khirtoyo dan Tun Mahathir pun ada blog…
2. Freelance…
Untuk mengembangkan bakat berkaitan web dan design, aku telah berkolaborasi dengan rakan aku dari jutawantani.com iaitu en. Bob unuk menjalankan usahasama menawarkan khidmat membina laman web (tapi tak berapa rasmi sgtlah… freelance jer). Sebab tu aku bz sikit en. Dekan… ;)
Orang kata dunia internet nih lubuk duit, betul ke?
3. Rumah Baru
Hoho… Rumah baru blom siap lagi tapi dalam proses. Baru 70% siap.. dalam perancangan mungkin hujung tahun boleh masuk rumah baru + anak baru.. hehehe…
Namun, aku dalam ketensionan sebab rumah sewa aku nih banyak sgt masalahnya, lubang sinki dapur tersumbatlah, paip bocorlah. Gerammmnya..
Bila nak masuk rumah baru nih….
4. Anak baru
Huhu.. Allah telah menganugerahkan aku puteri kesayangan pada 11/12/07 dengan nama Nur Adriana Safiah. Sekarang nih dah 5 bulan. Namun yang memeranjatkan dan menggembirakan… tak sangka pulak si Adriana nih akan mendapat adik baru pulak. Kesian dia tapi nak buat macamanakan… dah rezeki Allah… Mungkin lahir bulan 12 atau bulan 1 nanti, insya-allah… Harap-harap baby boy plak…
5. Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang
Lupa nak cerita plak asal-usul aku… Aku berasal dari kawasan berhampiran dengan pusat peranginan yang terkenal iaitu gunung ledang tapi aku tak duduk situlah.. aku asal dari Tangkak, Johor. Kira dekat jugaklah dengan gunung ledang tuh kalo nak gi… kalo dulu-dulu rajinlah mandi air terjun gunung ledang (orang johor panggil Air Panas Gunung Ledang tapi tak pernah panas air tuh pun). Selain tuh, Tangkak nih terkenal dgn kain murahnya.. So jomlah dating datang beramai-ramai ke Tangkak, Johor yer… lepas mandi air terjun boleh gi shopping… ;)
6. Arsenal
Aku adalah peminat kipas susah mati Arsenal.. Walaupun aku tak kenal semua player Arsenal, namun aku sentiasa mengikuti siaran dan perlawanan Arsenal (ini disebabkan peminat MUrah Utd dan Chelsia ada kat opis aku selalu berlagak dgn team mereka kalo menang.. so aku pun kena berlagak kalo menang.. hahahah)
Tapi aku sentiasa berhasrat nak ke Stadium Emirates.. ermm. Ada yang nak sponsor ker?
7. Kerja
Apa lagi ek.. erm.. pasal kerja aku pulak. Aku dah ada kerja tetap dah. Kerja gomen gitu tapi kawasan adalah dirahsiakan demi menjaga kepentingan kepopularan aku.. hehe.. Kalo nak tau, emaillah aku nanti…
Aku dilantik sebagai kuli dalam bidang IT nih.. yelahkan, dah bukan bos kulilah…
( ermm.. bilalah agaknyer pak lah nak bagi bonus tuh.. Jangan haraplah weii… )
8. Jutawan…
Last but not least… tak tau nak cerita ape lagi..
so aku bagi tau impian aku…
Aku nak jadi jutawan… tapi tataulah bila dapatkan….
Dan yang mana lebih penting, duit atau kasih sayang?!!!
Huhu.. siap gak tag aku nih..
Haha.. 1 ngan 6 anda sama denganku. Yang lain2 akan datanglah kot. Haha. Alhamdulillah, ada rezeki lagi tuh. Keluarga dan bisnes. La.. keje gomen rupanya. Bolehla memfreelancekan. Bagus2. Haha. Baru tau kebijak komputeran punya org ni camne. :p
uihh, dah nak ada anak baru ker hehe.. xpe, bertambah lagi umat Nabi Muhamad.. Amin..