Posted ( admin ) in Umum
28-01-2008

Google minat labur di Malaysia

DAVOS (Switzerland): Google Inc, syarikat gergasi enjin pencarian internet, memulakan perbincangan dengan Multimedia Development Corporation (MDeC) susulan rancangannya untuk mewujudkan pangkalan di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata syarikat itu berminat melabur di Malaysia berikutan prasarana mencukupi dan kedudukan geografi yang strategik.

Katanya, Google juga berpendapat rancangan masa depan teknologi komunikasi maklumat (ICT) negara boleh membantu pembangunan syarikat itu mewujudkan pangkalan di Malaysia.

“Google juga menyatakan puas hati dengan kadar peningkatan pengguna Google di Malaysia yang mana ia tertinggi berbanding di negara lain di rantau Asia Tenggara,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu Abdullah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt di luar mesyuarat tahunan WEF.

Abdullah berkata, Google juga berharap kemudahan disediakan kelak akan turut dapat dimanfaatkan negara. Di Asia, Google mempunyai pejabat di China, Hong Kong, India, Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.

Kemudahan carian dan cara mudah menggunakannya menjadikan Google antara jenama yang paling terkemuka dan sebagai satu perniagaan, syarikat itu menjana pendapatan dengan menyediakan pengiklanan melalui internet yang menjimatkan kos bagi pengiklan.

Mengenai WEF 2008, Abdullah berpendapat forum itu membuktikan ia bersedia menjadikan topik perbincangan berasaskan daripada perkembangan yang berlaku di dunia.

Sebelum ini, katanya, isu hangat iaitu kemelesetan ekonomi yang pernah melanda Amerika Syarikat tidak dijadikan sebagai tajuk perbincangan, tetapi kini sudah pun menjadi perkara yang ditimbulkan di kalangan peserta.

“Jadi, ia (WEF) menjadi forum yang cukup responsif terhadap apa juga perkembangan yang berkaitan ekonomi mahupun politik. Selain itu, bilangan yang datang begitu ramai dan ia memberi kesempatan kepada banyak pihak untuk berbincang secara dua hala, bukan saja sesama pemimpin kerajaan, tetapi juga dengan ketua syarikat besar global,” katanya.

Perdana Menteri serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis yang turut berada di sini, mengambil kesempatan sempena mesyuarat tahunan WEF bagi mempromosikan Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) selama lima hari di Kuala Lumpur, bermula 18 Mei ini.

“Sambutannya baik. Datuk Seri Dr Jamaludin dan pegawai MDec mengambil peluang bertemu banyak pihak semasa di sini,” katanya.

rujukan : berita harian

p/s : nampaknya bila google dah ada kat malaysia, lepas ni harap-haraplah ada adsense dalam bahasa malaysia yer.. senang nak buat income ;)

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.
Artikel menarik? Tandakan!
[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
    Read More   

Comments

afham on 30 January, 2008 at 6:04 am #

lepas ni senang ar…tulis dalam BM je dah kuar adsense.. :D


admin on 30 January, 2008 at 7:04 am #

tulah… harap-harap adalah nanti adsense BM.. senang skit buat income..


syamsulariff.com on 31 January, 2008 at 2:25 am #

masa gathering hari tu..wakil google tu ade cakap yg blogspot dalam proses dibahasa melayu kan :D


9ny on 23 June, 2010 at 11:16 am #

Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: