Pernah tiba-tiba anda menerima mesej yang komputer anda telah diserang virus atau spyware? Padahal anda tidak pernah memasang antivirus yang mungkin anda tidak kenali yang secara tiba-tiba muncul? Saya baru je kena baru-baru ni. Dari mana entah datangnya, keluar popup mengatakan komputer saya diserang virus. Padahal saya tak pernah pun memasang antivirus tersebut yang dikenali sebagai Antivirus 2008. Setelah saya selidiki di internet. Nyata bahawa perisian yang dikatakan antivirus tersebut adalah palsu (fake).
Malware : Antivirus 2008
Antivirus 2008 merupakan kategori malware yang boleh menjahanamkan komputer anda. Terdapat pelbagai variasi malware ini.
Apabila anda terinstall malware ini, ia seperti melakukan imbasan (scan) ke dalam komputer anda dan kemudian akan mengeluarkan keputusan palsu iaitu seolah-olah komputer anda penuh dengan virus, spyware dan lain-lain. Padahal ia merupakan laporan palsu supaya anda membeli perisian malware tersebut. Sekiranya anda tidak membeli perisian tersebut, ia akan terus menganggu kelancaran komputer anda dengan mengeluarkan popup dan ada variasi yang lain akan memapar atau mengubah wallpaper kita.
Variasi Malware : Antivirus 2009
Untuk membuangnya, anda hanya perlu muat turun perisian percuma anti-malware ini. http://www.malwarebytes.org
saya pun pernah kena.tapi saya nak tanya.ada tak sapa sapa yang ada installer broadcom wireless 802.11?kalau ada boleh tak hantar kat mail saya?
Pc aku pernah dijangkiti.Dia hijack hompage pastu redirect ker antivirus 2009 hampeh tol. Remove dgn malwarebytes atau spyware blaster.
skrg nih byk betul perisian yg fake nih… so kena berhati-hatilah…
jgn melayari web yg bukan2.. hehhe
eee….geram btoi…sy juga dh tertipu dgn spywere ni…huhuhu tq awk…cz tlg sy…
Tq kerna bagi maklumat berguna… kalau tidak saya x tahu
juga berhati-hati dengan perisian yang percuma nih.. selalunya perisian percuma yang ada spyware/malware ni seperti download game percuma, screensaver percuma dan lain-lain
baru2 ni aku kne attack ngan spyware ni. aku xbape tau sgt nme die. bende 2 die hidden kn akunye function ‘all program’,jam aku lak die tulis ‘virus attack’pastu die hidden kn akunye partision c aku. siot tol. nsb bek aku de pnglaman ckit dlm bab registry ni. die kcu c2 je. : )
tulah.. skrg nih semua org kena belajar pasal komputer.. xbyk sikitlah.. memudahkan kita baiki mana yg patut…
bru2 ni aku ada g install bitdefender antivirus kat satu opis ni.pastu aku bgtau diaorg pasal info antivirus ciplak ni.diaorg tak percaya.ada ke dia kata aku nak jual produk aku,jd aku inform dia psl antivirus yg dia pkai tu menipu.bila pc dh kena aritu,tau plak cari aku,padan muka
adk2 sume tolong le akak,akak dah tertipu..x tahu nak wat camne..
dh le cetek ilmu ttg komputer,kene attack plak..emergancy ni..help me..
kureng hajar sapa yang wat virus tu,kaspersky pun tak leh detect, avg pun tak leh nak remove dari komputer, jadi aku format ler, tak tau plak malware byte bleh kesan. hah satu lagi nak tanya camna nak buang virus “jambanMu.com” ngan “die,die,die,die”.
Info yg sangat bagus, terima kasih.
LisaHilmi
for those who want help in programming, contact me @ the email provided
for those who want help in programming, contact me @ the email provided
help available in:
C
C#
C++
Java
ASP.Net
MASM
VB.Net
panduan pengurusan komputer, dapatkan panduan anda disini secara percuma
http://y.ahoo.it/vypLdq